KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSSINESS)

Nama : Puan Hajijah binti Abdul Rahman

Umur : 30 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Hajijah merupakan surirumah tangga sepenuh masa. Beliau berniaga dengan menjual pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan lain-lain. Beliau hanya menjual produk-produk tersebut secara online dan akan membuat penghantaran ke rumah pengguna.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI: 

Beliau sukar membuat promosi dengan menggunakan internet kerana kesukaran untuk mengakses internet di rumah. Beliau juga sukar membuat bahan-bahan untuk tujuan promosi seperti kad perniagaan dan sebagainya.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau mudah mengakses internet dan membuat bahan-bahan untuk tujuan promosi barangan jualan beliau. Beliau sudah pandai membuat brochure dan label untuk barangan jualan beliau. Beliau juga bijak mempromosikan perniagaan beliau secara lebih efektif melalui penggunaan Facebook dan WhatsApp.

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (MUSLIMAH CLOSET)

Nama : Nur Afiqah Khalisah binti Jemat

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Cik Afiqah Khalisah merupakan pelajar lepasan STAM di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud. Sementara melanjutkan pelajaran, beliau kini sedang belajar di Giatmara Asajaya dengan mengambil Sijil Jahitan. Di samping itu, beliau kini sedangbergiat aktif dalam perniagaan online dan offline di samping membantu kedua-dua ibu bapanya dalam menjalankan perniagaan Muslimah Closet.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau agak sukar untuk mempromosikan produk-produk dalam perniagaannya kerana sukar untuk mengakses internet dan sukar membuat bahan-bahan untuk tujuan promosi.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas mempelajari kebaikan penggunaan ICT dan internet, beliau semakin cepat dan pantas untuk mengakses interent untuk mempromosikan produk-produk beliau. Pendapatan beliau semakin bertambah dan beliau juga semakin mudah mencari pelanggan. Barangan jualan beliau semakin mendapat sambutan daripada pihak luar.

 

CELIK IT - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nama : Zuzaimi bin Othman

Umur : 13 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Zuzaimi merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Sadong Jaya. Beliau selalu mengikuti kelas ICT dan KDB yang sering diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Sadong Jaya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sukar untuk menggunakan laptop dan komputer. Beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft word dan lain-lain.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Melalui kelas-kelas dihadiri, kini beliau boleh menggunakan Microsoft Word, PowerPoint dan Excel. Beliau juga dapat mengenali beberapa peralatan ICT yang terdapat di PI1M. Selain itu, beliau juga dapat menaip dengan mengikut contoh yang diberi. Pelbagai ilmu yang diperolehi semasa beliau menghadiri kelas ICT dan KDB di PI1M.

 

Gambar Kisah Kejayaan Quarter 2 2017 Di Sini