KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Muzamil bin Abu Bakar

Umur : 21 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Encik Muzamil bin Abu Bakar merupakan lepasan pelajar yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan keluarganya iaitu perniagaan minyak lalak atau minyak kelapa tua. Selain itu, dia juga menjual minyak wangi kereta jenama FLEUR.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Sebelum melibatkan diri dengan aktiviti di PI1M Sadong Jaya, Encik Muzamil hanya menjual secara langsung sahaja kepada penduduk tempatan, sahabat handai, keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Encik Muzamil sering mengikuti aktiviti usahawan yang diadakan di PI1M. Selepas mengikuti aktiviti tersebut, Encik Muzamil dapat memperluaskan lagi perniagaan nya kepada umum. Beliau juga dapat memperluaskan lagi jualan di sekitar BAndaraya Kuching dan senang untuk mengambil ejen jualan di kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Ini semua sebab dari mempelajari kegunaan internet amnya dan FAcebook khasny sehingga beliau dapat mempromosikan produk jualannya.

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA ONLINE

Nama : Puan Hakiah binti Bujang

Umur : 46 Tahun

Ahli   : 2014

Latar Belakang:

Puan Hakiah binti Bujang merupakan guru kafa yang ,menjalankan perniagaan online STG. Beliau juga merupakan ahli Rumah Usahawan yang baru dibuka pada tahun 2017 ini dan sering mengikuti kelas/program yang diadakan di Rumah Usahawan Wanita tersebut.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara langsung kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat. Mempromosikan produk secara manual kepada kenalan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Puan Hakiah seringkali menghadiri kursus yang dijalankan di PI1M Sadong Jaya. Daripada kursus tersebut, beliau dapat mengembangkan lagi servis kepada umum dengan adanya Facebook dan WhatsApp. Beliau juga semakin bijak mempromosikan produk perniagaan di media sosial dengan lagi menarik.

 

CELIK IT - LEPASAN SEKOLAH MENENGAH (PENCARI KERJA)

Nama : Mohd Hamizan bin Saberi

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2014

Latar Belakang:

Mohd Hamizan bin Saberi merupakan pencari kerja yang baru menghabiskan pelajaran. Merupakan Squad PI1M sadong Jaya dan sering mengikuti kelas-kelas anjuran Pusat Internet 1Malaysia Sadong Jaya. Sering mengikuti pertandingan yang dianjurkan seperti KDBFunniest, pertandingan Video, Pertandingan Poster, Pertandingan Menaip dan Pertandingan Dashboard Komuniti 2017.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sukar untuk memohon pekerjaan dan sering pergi ke pelbagai pejabat, syarikat, jabatan dan kedai untuk menghantar borang pemohonan pekerjaan.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Melalui kemudahan internet yang disediakan mudah bagi beliau untuk mencari pekerjaan. Beliau kini sering "online" ke laman web berkaitan dengan pekerjaan seperti spa.gov.my, jobsmalaysia, e-recruitment.com.my dan sebagainya. Beliau kini sudah pandai menyediakan resume dan surat rasmi sendiri, membuat video pendek menggunakan Movie Maker dan menggunakan sofrware seperti Microsoft Word, Excel, Paint Photoshop dan sebagainya.

 

Gambar Kisah Kejayaan Quarter 3 2017 Di Sini