KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Alina anak Dresa

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Alina anak Dresa merupakan seorang surirumah yang menjalankan jualan barangan kosmetik dan kraftangan secara kecil-kecilan. Beliau juga aktif dalam aktiviti KEMAS.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Puan Alina hanya menjual secara offline kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat. Beliau hanya mempromosikan produk secara manual dan hanya mempunyai sedikit kenalan sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas sering mengikuti kursus usahawan di PI Sadong Jaya, Puan Alina dapat mengembangkan servis beliau kepada umum dan memperluaskan lagi jualan ke sekitar Kuching dan kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Puan Alina semakin kreatif mempromosikan produk perniagaan beliau melalui sosial media dengan lagi menarik. Beliau sudah mahir membuat emel, akaun Facebook, blog, Instagram dan logo bagi produk yang dijalankan.

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Suria binti Adey

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Suria binti Adey merupakan seorang surirumah yang menjalankan jualan produk makanan secara kecil-kecilan. Beliau telah lama menjalankan perniagaan ini sejak beberapa tahun yang lepas.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau hanya menjual secara offline kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat. Beliau juga da menjual secara online tetapi mendapat sambutan yang menghampakan akibat kekurang kenalan dan kaedah promosi yang tidak menarik.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas beliau sering menghadiri kursus usahawan di PI Sadong Jaya, beliau semakin bijak mengatur kaedah promosi di media sosial dan mendapat kenalan yang lagi ramai di Facebook. Jualan beliau dapat dikembangkan kepada umum dan diperluaskan lagi ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Kaedah promosi beliau di media sosial semakin menarik membuatkan ramai yang ingin membeli produk makanan jualan beliau. Beliau juga semkain mahir membuat emel, akaun dan page di Facebook, blog, Instagram dan logo bagi produk yang dijalankan.

 

CELIK IT - WARGA EMAS

Nama : Puan Maimunah binti Wasli

Umur : 64 Tahun

Ahli   : 2014

Latar Belakang:

Puan Maimunah binti Wasli yang lebih dikenali sebagai Kak Ara merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan warga emas dan sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Sadong Jaya. Beliau sering kali ke PI Sadong Jaya jika ada masa lapang untuk mempelajari asas penggunaan komputer.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak mengenali apa itu komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. Atas usaha dan kerajinan beliau mempeljari komputer, beliau telah memenangi tempat kedua dlaam pertandingan Celik Komputer anjuran PI1M Sadong Jaya sempena sambutan Hari Warga Emas Oktober 2017 yang lepas.

 

Gambar Kisah Kejayaan Quarter 4 2017 Di Sini