KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Ramizah binti Saini

Umur : 29 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Ramizah binti Saini merupakan seorang surirumah yang menjalankan jualan barangan kraftangan secara kecil-kecilan. Kraftangan yang dihasilkan beliau biasanya daripada pelbagai jenis manik. Beliau juga aktif dalam aktiviti KEMAS.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Puan Ramizah hanya menjual secara offline dan online kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat. Beliau hanya mempromosikan produk secara manual dan hanya mempunyai sedikit kenalan sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas sering mengikuti kursus usahawan di PI Sadong Jaya, Puan Ramizah dapat mengembangkan servis beliau kepada umum dan memperluaskan lagi jualan ke sekitar Kuching dan kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Puan Ramizah semakin kreatif mempromosikan produk perniagaan beliau melalui sosial media dengan lagi menarik. Beliau sudah mahir membuat emel, akaun Facebook, Facebook Page, blog, Instagram dan logo bagi produk yang dijalankan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Ayu Hanani binti Sarkawi

Umur : 34 Tahun

Ahli   : 2014

Latar Belakang:

Cik Ayu Hanani merupakan seorang pekerja swasta yang menyediakan khidmat sulaman baju dan kraftangan felt secara sambilan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau hanya menyediakan servis kepada ahli keluarga terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti PI Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Kemahiran menyulam dan kraftangan semakin meningkat dengan adanya tutorial-tutorial di dalam Youtube dan contoh-contoh gambar sulaman di dalam Google Image.

Klik Di SIni Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - WARGA EMAS

Nama : Puan Sajanah binti Wasli

Umur : 63 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Sajanah binti Wasli  merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan warga emas dan sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI1M Sadong Jaya. Beliau adalah salah seorang antara pelajar Warga Usia Emas yang selalu mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap hari Rabu setiap minggu.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak mengenali apa itu komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. Atas usaha dan kerajinan beliau mempeljari komputer, beliau telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Celik Komputer anjuran PI Sadong Jaya sempena sambutan Hari Warga Emas Oktober 2017 yang lepas. Beliau juga mendapat tempat ketiga dalam Talent Contest (Ujian Menaip) anjuran PI Sadong Jaya pada Februari 2018 yang lepas.

Klik Di Sini Untuk Gambar