KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Nur Ain binti Mohamad Narudin

Umur : 25 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Cik Nur Ain binti Mohamad Narudin merupakan seorang belia yang belum berkahwin dan telah menamatkan pengajiannya di IKMAS Sarawak. Beliau juga merupakan bekas Guru Sambilan di SK Rangawan Putin dan Pesantren Abdul Taib Mahmud. Beliau adalah seorang usahawan yang menjalankan bisnes produk kecantikan Mary Kay dan telah menjadi seoarang Independent Beauty Consultant Mary Kay yang sah. Beliau sering mengadakan program-program kecantikan di sekitar Sadong Jaya. Di samping itu, beliau juga menjalankan bisnes menjual makanan di hadapan rumahnya secara kecil-kecilan. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Cik Nur Ain hanya menjual secara offline dan online kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat. Beliau hanya mempromosikan produk secara manual dan hanya mempunyai sedikit kenalan sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas sering mengikuti kursus usahawan di PI Sadong Jaya, Cik Nur Ain dapat mengembangkan servis beliau kepada umum dan memperluaskan lagi jualan ke sekitar Kuching dan kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Cik Nur Ain semakin kreatif mempromosikan produk perniagaan beliau melalui sosial media dengan lagi menarik. Beliau sudah mahir membuat emel, akaun Facebook, Facebook Page, blog, Instagram dan logo bagi produk yang dijalankan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video

 

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Mardiah binti Kasar

Umur : 57 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Mardiah binti Kasar merupakan seorang surirumah yang menjalankan perniagaan Minyak Lalak secara kecil-kecilan. Minyak lalak yang diproses secara tradisional di rumah beliau sangat mendapat sambutan terutama dalam kalangan penduduk tempatan. 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau hanya menjual produk minyak lalak kepada ahli keluarga dan jiran tetangga sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti PI Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu mempromosikan minyak lalak buatan beliau dan suami di laman sesawang dengan bantuan anak-anak beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - WARGA EMAS

Nama : Puan Napisah binti Bagong

Umur : 61 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Napisah binti Bagong yang lebih dikenali sebagai Kak Yom merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau merupakan warga emas dan sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PI Sadong Jaya. Beliau adalah salah seorang antara pelajar Warga Usia Emas yang selalu mengikuti kelas ICT yang dijalankan setiap hari Rabu setiap minggu.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak mengenali apa itu komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. 

Klik Di Sini Untuk Gambar