KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Nazelin binti Kassim

Umur : 16 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Adik Nazelin binti Kassim adalah seorang pelajar Tingkatan 4 SMK Sadong Jaya. Beliau mula berkecimpung dalam bisnes menjual keychain badge dan gambar bermula akhir tahun 2017. Atas permintaan yang tinggi daripada rakan-rakan beliau, beliau mula mengambil tempahan hampir setiap hari dan mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya pada setiap hari untuk menyelesaikan tempahan tersebut. Beliau juga sering ke kelas dan latihan yang dijalankan di Pusat Internet Sadong Jaya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak pandai berniaga dan tidak pandai menggunakan software Adobe Photoshop. 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas menjadi ahli dan selalu mengikuti kelas-kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya, beliau bijak mempromosikan perniagaan beliau melalui media sosial dengan lagi menarik. Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk menggunkan khidmat internet, khidmat cetakan, laminate dan sebagainya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE BUSINESS)

Nama : Nur Ainul Aleza binti Majelan

Umur : 24 Tahun

Ahli   : 2014

Latar Belakang:

Cik Ainul Aleza merupakan gadis yang suka berniaga. Beliau selalu membantu ibunya di gerai makan yang terletak di Kampung Sadong Jaya. Selain itu beliau juga menjalankan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan iaitu menjual produk-produk kecantikan dan kesihatan serta menjual emas dan perkhidmatan kecantikan seperti melentikkan bulu mata. Beliau seorang yang berdisiplin dan saing dan sentiasa menganggap pesaing adalah peluang untuk beliau lebih berjaya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline dan online kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu mempromosikan minyak lalak buatan beliau dan suami di laman sesawang dengan bantuan anak-anak beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

CELIK IT - WARGA EMAS

Nama : Puan Zaliha Abdullah 

Umur : 69 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Zaliha merupakan ibu dan nenek tunggal yang menjaga cucu-cucu beliau di kampung. Beliau merupakan warga emas yang menjadi pelajar kelas ICT warga emas Pusat Internet Sadong Jaya dan sering mengikuti program-program yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau tidak pandai menggunakan komputer dan menaip. Beliau juga tidak mengenali apa itu komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian kita.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. 

Klik Di Sini Untuk Gambar