KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Jalihah binti Yak

Umur : 50 Tahun

Ahli   : 2018

Latar Belakang:

Puan Jalihah binti Yak adalah seorang peniaga yang telah lama membuka gerai makanan dan minuman di Pekan Sadong Jaya. Puan Jalihah juga seorang usahawan yang menjadi sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan menjual produk jualan kuih muih di gerai beliau.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak mempromosikan jualannya di Facebook dan media sosial yang lain.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Norahmah binti Ahmad

Umur : 30 Tahun

Ahli   : 2018

Latar Belakang:

Puan Norahmah merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Disamping menjadi surirumah, beliau menjalankan perniagaan menjual roti homemade secara kecil-kecilan. Beliau selalu mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk menggunakan khidmat internet dan perkhidmatan lain. Beliau pernah mengikuti kursus eUsahawan anjuran MDEC dan KDB Talk di Pusat Internet Sadong Jaya.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline dan online kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu memperluaskan lagi jualan ke sekitar Kuching dan luar Kuching dan kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Beliau juga membuat promosi dan publisiti mengenai produk beliau di sosial media.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

CELIK IT - PENJAWAT AWAM

Nama : Puan Chrismis anak Satim

Umur : 45 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Chrismis merupakan seorang penjawat awam KEMAS. Beliau sering ke Pusat Internet Sadong Jaya untuk mengikuti kelas-kelas ICT bersama-sama rakan-rakan sejawatan beliau yang lain. Beliau seorang penjawat awam yang hanya mempunyai pengetahuan 'basic' dalam penggunaan komputer. Tetapi setelah sering ke Pusat Internet, pengetahuan beliau terhadap penggunaan komputer semakin meningkat.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau tidak berapa pandai menggunakan komputer dan menaip.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. Beliau juga sudah pandai mengemaskini maklumat HRMIS dengan sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar