KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Jamayah binti Nong

Umur : 44 Tahun

Ahli   : 2018

Latar Belakang:

Puan Jamayah binti Nong adalah seorang wanita yang berdaya saing dan suka berniaga. Beliau telah menceburi bidang perniagaan kerepek lebih kurang selama 20 tahun. Dengan bantuan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Puan Jamayah mampu mengembangkan perniagaan kerepek beliau dari sekecil-kecil perniagaan sehingga mempunyai kilang beliau sendiri.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual dan mempromosikan produk beliau secara offline melalui rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain. Beliau juga pernah menggunakan khidmat Pusat Internet untuk menghasilkan kertas kerja projek beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Raba'ah binti Seman

Umur : 50 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Raba'ah merupakan seorang suri rumah tangga yang berniaga kuih-muih buatan beliau sendiri. Puan Raba'ah juga seorang ahli Rumah Usahawan Wanita Sadong Jaya yang tengah bergiat aktif membuat jualan kuih-muih seperti pau dan roti di sekitar Sadong Jaya. Kuih-muih jualan beliau dan rakan-rakan sangat mendapat sambutan dan sentiasa mendapat banyak permintaan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline dan online kepada penduduk tempatan, sahabat handai dan keluarga terdekat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu memperluaskan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Beliau juga membuat promosi dan publisiti mengenai produk beliau di sosial media, WhatsApp dan Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

CELIK IT - BELIA/LEPASAN SEKOLAH MENENGAH

Nama : Nursyuhada binti Azmi

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Adik Nursyuhada merupakan lepasan pelajar sekolah menengah yang sedang menunggu keputusan ujian SPM beliau. Beliau seorang remaja yang suka mengunjungi Pusat Internet setiap kali ada masa lapang. Semasa masih begelar seorang peljar sekolah, beliau sering ke Pusat Internet untuk melayari internet untuk mencari rujukan kerja kursus beliau.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau tidak berapa pandai menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. 

Klik Di Sini Untuk Gambar