KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Nasiah binti Sahari

Umur : 47 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Nasiah binti Sahari adalah seorang wanita yang berdaya saing, kreatif dan suka berniaga. Beliau telah lama menceburi bidang perniagaan dalam pelbagai jenis produk makanan kering dan kraf tangan. Dengan bantuan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Puan Nasiah mampu mengembangkan perniagaan beliau. Di samping berniaga makanan dan kraf tangan, beliau juga mengambil tempahan menjahit.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual dan mempromosikan produk beliau secara offline melalui rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain. Beliau sering mengikuti apa sahaja program atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video

 

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Nurizzatul binti Hassan

Umur : 16 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Adik Nurizzatul merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Walaupun masih belajar, beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan dan beliau memulakan minat beliau dengan menjual produk Tupperware. Beliau sudah mempunyai pelanggan tetap beliau sendiri untuk membeli produk keluaran Tupperware dan beliau sering mempromosikan produk jualan beliau jika ada kelapangan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline dan online kepada sahabat handai dan keluarga terdekat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu memperluaskan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Beliau juga membuat promosi dan publisiti mengenai produk beliau di sosial media, WhatsApp dan Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - WANITA

Nama : Puan Salhah binti Marikan

Umur : 47 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Salhah merupakan seorang penjawat awam (KEMAS). Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer terutamanya dalam aspek menaip di Microsoft Office Word. Beliau seorang yang kental dan mempunyai semangat belajar yang tinggi sehingga beliau faham dan boleh membuat kerja beliau sendiri tanpa bantuan petugas.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau tidak berapa pandai menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. 

Klik Di Sini Untuk Gambar