KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Syahrul Ehwan bin Lamat

Umur : 31 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Encik Syahrul Ehwan merupakan ahli Pusat Internet sejak 2016 lagi. Beliau seorang usahawan belia yang menghasilkan 'button badge' dari pelbagai jenis. Button badge jualan beliau sangat mendapat sambutan dan permintaan terutamanya daripada golongan remaja dan pelajar sekolah. Beliau juga menjual button badge secara borong jika dalam pembelian yang banyak. Encik Syahrul Ehwan juga adalah salah seorang squad Pusat Internet Sadong Jaya yang sering kali membantu petugas menguruskan program-program yang diadakan di PUsat Internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual dan mempromosikan produk beliau secara offline melalui rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain. Beliau sering mengikuti apa sahaja program atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

Klik Di Sini Untuk Video