KEUSAHAWANAN - USAHAWAN KECIL KUIH-MUIH 

Nama : Nur Aznia binti Yusup

Umur : 22 Tahun

Ahli   : 2015

 

Latar Belakang:

Cik Nur Aznia merupakan belia tempatan yang baru berjinak-jinak dengan alam perniagaan. Beliau sekarang menjalankan jualan kuih-muih dengan membuka gerai jualan kuih-muih di hadapan rumahnya sendiri. Selain itu, beliau juga menerima tempahan kuih-muih untuk majlis-majlis sama ada kecil atau besar dengan bantuan ahli keluarganya. Jualan beliau agak mendapat sambutan kerana tempat gerai yang sangat strategik dan banyak pelanggan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual jualan beliau melalui facebook sahaja dan tidak mempunyai gambar yang agak jelas dan tidak terlalu menarik perhatian pelanggan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Setelah selalu mengikuti kursus di Pusat Internet Sadong Jaya, beliau sudah bijak menjual jualan beliau melalui aplikasi whatsapp dan mengambil gambar serta label/tagging untuk produk jualan beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar