KEUSAHAWANAN - USAHAWAN (AGEN PENDAFTAR LESEN KENDERAAN)

Nama : Muhammad Amirudin bin Ibrahim

Umur : 22 Tahun

Ahli   : 2016

 

Latar Belakang:

Encik Amirudin merupakan belia yang bersemangat waja dan sentiasa berusaha meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri beliau. Di samping menjadi guru Kafa, beliau juga menjalankan perniagaan sambilan dengan menjadi ejen pendaftar Lesen Kenderaan di bawah syarikat lesen kenderaan IMNB. Beliau juga sering ke PUsat Internet untuk mengedit flyers dan mencetak flyers beliau. Beliau juga sentiasa mengikuti aktiviti dan kursus yang dijalankan di Pusat Internet jika berkelapangan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Memperkenalkan kepada rakan terdekat dan keluarga terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau dapat memperluaskan lagi servis beliau ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dengan adanya penyebaran flyers yang beliau buat sendiri di Pusat Internet.


Klik Di Sini Untuk Gambar