KEUSAHAWANAN - USAHAWAN (MAKANAN/ONLINE DAN OFFLINE)

Nama : Siti Rahmah binti Sam

Umur : 37 Tahun

Ahli   : 2019

Latar Belakang:

Puan Siti Rahmah merupakan seorang guru prasekolah di SK Pendam Sadong Jaya. Di samping menjadi seorang guru, beliau juga seorang usahawan menjual makanan kering dan mengambil tempahan membuat makanan tengahhari untuk anak-anak sekolah yang ibu bapa mereka bekerja. Apabila masuk musim perayaan,  beliau juga selalu mengambil tempahan untuk membuat biskut dan kek. Beliau rajin mempromosikan produk jualannya di media sosial dan pergi ke kursus-kursus keusahawanan yang di langsungkan Pusat Internet jika berkelapangan.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Memperkenalkan kepada rakan terdekat, rakan sekerja dan keluarga sahaja secara langsung (offline).

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau dapat memperluaskan lagi servis beliau ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dengan adanya penyebaran flyers yang beliau buat sendiri di Pusat Internet. Beliau juga semakin bijak mengedit gambar dan mempromosikan produk beliau di media sosial.

Klik Di Sini Untuk Gambar