KEUSAHAWANAN - USAHAWAN (TUPPERWARE)

Nama : Nur Ain Munirah binti Salem

Umur : 30 Tahun

Ahli   : 2015

 

Latar Belakang:

Puan Nur Ain Munirah adalah seorang guru di SMK Sadong Jaya. Puan Ain Munirah memang seorang yang suka menjalankan pelbagai jenis perniagaan. Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan kosmetik dan selalu meletakkan barangan jualan beliau di Pusat Internet Sadong Jaya. Tetapi, apabila mengenali Tupperware, beliau semakin menceburkan diri dalam bidang peniagaan tersebut dan daripada seorang ahli biasa beliau sekarang sudah menjadi 3 Star Director dalam Bisnes Tupperware dan mempunyai income yang tersendiri sehingga mencecah 4 angka sebulan. Kerja kedua Puan Ain Munirah ini tidak menghalang beliau untuk terus berbakti kepada negara dengan mendidik anak bangsa.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Mempromosikan produk jualan dan bisnes beliau kepada rakan-rakan di sosial media dan pelanggan pelanggan beliau sebelum ini.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau dapat memperkenalkan dan mengajak orang ramai untuk bersama beliau dalam menjalankan bisnes ini apabila beliau mengadakan aktiviti Tupperware di Pusat Internet Sadong Jaya. Dengan adanya aktiviti tersebut, ramai penduduk tempatan berminat denganbisnes beliau sekaligus ramai juga yang membeli dan menjadi pelanggan tetap beliau. Beliau sentiasa berkolaborasi dengan Pusat Internet dalam usaha meningkatkan lagi promosi pasaran bisnes jualan beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video