KEUSAHAWANAN - PELBAGAI

Nama : Nur Azlin binti Yusup

Umur : 21 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang:

Cik Nur Azlin adalah seorang gadis yang suka berniaga. Dalam pada bekerja sebagai operator kilang, beliau dalam masa yang sama aktif menjual barangan Tupperware dan Sugarbomb. Dengan adanya rakan-rakan dan kenalan-kenalan daripada pelbagai lokasi, Cik Nur Azlin mampu meningkatkan hasil jualan beliau. Baru baru ini beliau telah mendapat anugerah agen jualan terbanyak kawasan Samarahan daripada stokis Sugarbomb beliau.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline kepada rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis jualan beliau dikembangkan kepada umum. Beliau berjaya memperluaskan lagi jualan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dengan adanya sosial media WhatsApp dan Facebook. Beliau juga aktif mempromosikan perniagaan beliau melalui media sosial dengan lagi menarik.

Klik Di Sini Untuk Gambar