Nama : Mardiah binti Kasar

Umur : 60 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Mardiah merupakan seorang warga usia emas yang ingin menjadi seorang yang bijak IT. Beliau suka belajar mengenai komputer terutamanya dalam kemahiran menaip dan mengenali fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci komputer. Beliau sering mengikuti pertandingan menaip yang dianjurkan oleh Kelab Warga Usia Emas ketika mereka mengadakan program atau aktiviti.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan tidak mengenali apa dan bagaimana komputer itu berfungsi.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Walaupun hanya mempelajari pengetahuan awal penggunaan komputer dan menaip, beliau sangat gembira kerana telah pandai menggunakan komputer dan menaip dan rasa tidak ketinggalan wapaupun sudah berusia.

Klik Di Sini Untuk Gambar