Nama : Shahrul bin Ibrahim

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2016

 

Latar Belakang:

Sharul bin Ibrahim merupakan seorang pelajar yang berkelainan upaya. Beliau adalah seorang pelatih/pelajar di PDK Sadong Jaya. Setiap kali selepas habis masa kelas beliau di PDK Sadong Jaya, sementara menunggu bapa beliau menjemput beliau pulang, beliau akan ke PIK Sadong Jaya untuk bermain komputer. Biasanya beliau suka menonton video di Youtube. Beliau juga rajin mengikuti kelas khas untuk pelajar PDK Sadong Jaya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau juga sudah pandai mewarna secara digital dan beliau sangat gemar dengan aktiviti tersebut. Walaupun masih lambat, beliau tetap tahu apa yang beliau perlu lakukan ketika menaip dan mewarna secara atas talian.

Klik Di Sini Untuk Gambar