Nama : Mok Isah binti Jamari

Umur : 54 Tahun

Ahli   : 2019

 

Latar Belakang:

Puan Mok Isah merupakan seorang penjawat awam di Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) sebagai Pembantu Kemahiran. Sevbagai penjawat awam, beliau harus tahu bagaimana untuk menggunakan komputer terutamanya untuk menaip laporan kerja beliau dan juga harus mahir menggunakan laman web/internet untuk mengemaskini maklumat HRMIS beliau di dalam sistem laman web yang sepatutnya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan bila beliau celaru. Beliau tidak berapa pandai menggunakan laman web HRMIS di mana beliau perlu mengemaskini maklumat beliau setiap tahun.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau telah bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi yang ada di MS Office Word dengan pemantauan yang minimum daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar