Nama : Hasimah binti Sabu

Umur : 48 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Hasimah merupakan seorang guru KAFA yang sedang menyambung pelajarannya ke peringkat Ijazah. Kerana telah lama meninggalkan bidang kemahiran komputer, beliau lupa akan cara untuk menggunakan komputer terutamanya dalam kemahiran menaip menggunakan MS Office Word. Di samping atas sebab membuat assignments, beliau juga ingin memperbaiki dan memulihkan kembali kemahiran beliau dalam bidang kemahiran komputer dan itulah salah satu sebab beliau berkunjung ke PEDi Saodng Jaya dan belajar.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer kerana telah lama meninggalkan bidang itu walaupun telah mempelajari suatu masa dulu. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya. Beliau berasa kekok menaip dan kadang-kadang hilang tumpuan bila beliau celaru. Beliau juga tidak berapa arif tentang penggunaan e-mel dan mencari maklumat di Google Seacrh Engine.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Puan Hasimah telah bijak menguruskan dokumen beliau. Beliau juga bijak menggunakan fungsi-fungsi yang ada di papan kekunci komputer dan fungsi-fungsi yang ada di MS Office Word dengan pemantauan yang minimum daripada petugas. Beliau sudah pandai membuka e-mel sama ada di komputer mahupun di telefon pintar beliau sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar