Tarikh : 14 Februari 2024 Masa : 09.30 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (Wanita) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta belia untuk membuat satu poster produk jualan yang menggambarkan produk yang dijual dengan harga yang telah ditetapkan.
Aktiviti:
Kelas diadakan secara bersemuka di PEDi Sadong Jaya. Pelajar diajar cara membuka satu dokumen di laman web Canva dan memilih saiz yang sesuai. Peserta juga diajar cara mencari gambar di Google Image Search untuk dijadikan contoh produk yang hendak dijual. Kemudian, peserta diajar cara memulakan menghasilkan poster harga produk tersebut dengan memasukkan text dan gambar-gambar yang berkaitan.