Tarikh : 27 April 2024 Masa : 2.30 pm - 3.30 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar sekolah berkaitan pengenalan komputer dan asas menaip
Aktiviti:
1. Peserta diajar pengenalan kepada komputer dan MS Office Word.
2. Peserta kemudian diajar cara membuka komputer dan cara memulakan dokumen MS Office Word.
3. Setelah itu, peserta juga diajar cara untuk menaip dan memperkenalkan fungsi-fungsi yang ada pada papan kekunci ketika menaip.
Tarikh : 26 April 2024 Masa : 10.00 am - 11.00 am Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta berkaitan dengan etika seorang yang bergelar usahawan. Walaupun hanya seorang usahawan kecil, etika atau cara pemakaian, percakapan juga diambil berat bila berhadapan dengan orang terutamanya ketika menghadiri sesuatu bengkel atau kursus.
Aktiviti:
1. kelas diadakan secara bersemuka di NADI Sadong Jaya.
2. Kelas ini dilaksanakan dengan menunjukkan slide presentation berkaitan Business Etiquette kepada peserta dan sambil memberi sedikit penerangan ringkas berkaitan topik tersebut.
Tarikh : 21 April 2024 Masa : 10.00 am - 11.00 am Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta mengenali MS Powerpoint, mengajar peserta tentang penggunaan transition dan themes yang bersesuaian dan juga didedahkan tentang penggunaan insert text box dalam slide presentation.
Aktiviti:
1. Peserta didedahkan dengan MS Office Powerpoint.
2. Peserta kemudian diajar cara memilih theme yang berseuiaaan dengan pilihan mereka.
3. Mereka juga diajar cara memasukkan transition dalam slide presentation mereka.
Tarikh : 21 April 2024 Masa : 11.00 am - 12.00 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang permainan menyeronokkan di internet. Di samping belajar ICT, pelajar juga didedahkan dengan permainan pembelajaran atas talian dan kali ini pelajar diajak bermain jigsaw puzzles dan bersaing sesama mereka siapa yang dapat menyelesaikan puzzles dalam masa yang cepat.
Aktiviti:
- Pelajar didedahkan dengan aplikasi pembelajaran atas talian.
Tarikh : 19 April 2024 Masa : 10.30 pm - 11.30 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini adalah untuk mendedahkan peserta kelas tentang penggunaan zoom meeting atas tujuan untuk temuduga
Aktiviti:
1. Peserta diajar cara membuka browser dan membuka aplikasi zoom meeting di komputer.
2. Peserta kemudian diajar cara mendaftar akaun zoom dengan menggunakan akaun google dan kemudian memasukkan kod meeting yang telah diberikan kepada beliau.