Tarikh : 17 April 2024 Masa : 4.00 pm - 5.00 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta tentang asas robotik dalam bidang STEM (Science, Tekonology, Engineering, Mathematics). Peserta diajak menonton video di Youtube berkaitan dengan asas robotik dan memberikan mereka sedikit pemahaman berkaitan robotik.
Aktiviti:
Peserta diajar mencari video berkaitan di laman web Youtube. Peserta juga sambil menonton video di Youtube diberi penjelasan ringkas daripada petugas berkaitan asas robotik terutamanya yang digunakan dalam kehidupan seharian kita.
Tarikh : 17 April 2024 Masa : 3.00 pm - 4.00 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan peserta tentang permainan sambil belajar dan berfikir di laman web Math Palyground. Sambil bermain, peserta diarah untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut dengan sebelum ke peringkat permainan yang seterusnya.
Aktiviti:
Peserta diajar cara membuka laman web Math Playground dan memilih permainan yang mereka suka. Mereka kemudian diajar cara bermain permainan tersebut. Peserta didedahkan dengan penggunaan internet dan teknologi secara positif.
Tarikh : 17 Mac 2024 Masa : 3.00 pm - 4.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah |
Tujuan:
Mendedahkan kepada pelajar tentang asas robotik serta pengenalannya.
Aktiviti:
1. Pengenalan tentang asas robotik dari pengurus PEDI
2. Menonton video yang menerangkan asas robotik kepada pelajar
3. Penerangan macam mana robotik terbentuk
4. Kepentingan dan kebaikan asas pengenalan robotik kepada pelajar
Tarikh : 17 April 2024 Masa : 2.00 pm - 3.00 pm Lokasi : NADI Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar peserta kelas mewarna template sampul duit raya dengan menggunakan aplikasi Paint. Mereka diajar cara menggunakan fungsi-fungsi di Paint. Setelah siap mereka diajar cara menyimpan dokumen tersebut dalam komputer dan menamakan dokumen tersebut dengan nama masing-masing.
Aktiviti:
Peserta diajar cara mewarna secara digital menggunakan aplikasi Paint. Peserta kemudian diajar cara menguruskan dokumen mereka dalam komputer. Sampul duit raya yang telah mereka warna mengikut cita rasa masing-masing dicetak oleh petugas NADI dan diberikan semula kepada peserta untuk digunting dan djadikan sampul duit raya.
Tarikh : 17 Mac 2024 Masa : 2.00 pm - 3.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar sekolah |
Tujuan:
Mendedahkan kepada pelajar tentang wordwall serta penggunaan kepada pembelajaran sekarang.
Aktiviti:
1. Pengenalan untuk Kuiz yang akan diadakan.
2. Diberi masa selama satu jam untuk menghabiskan 10 soalan dalam kuiz online tersebut.
3. Masa tamat pada jam 3.00 petang