Tarikh : 17 Mac 2024 Masa : 12.00 pm - 1.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Terbuka |
Tujuan:
Mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan Microsoft Word serta kebaikannya kepada kehidupan seharian.
Aktiviti:
1. Pengenalan tentang Microsoft Word
2. Cara menggunakan dengan membuat jadual waktu sekolah rendah
3. Kebaikan menggunakan Microsoft Word
4. Kepentingan Microsoft Word
Tarikh : 15 Mac 2024 Masa : 10.30 am - 11.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Terbuka |
Tujuan:
Mendedahkan kepada orang awam tentang ChatGPT serta penggunaannya dalam perniagaan.
Aktiviti:
1. Pengenalan tentang ChatGPT
2. Cara menggunakan ChaTGPT
3. Kebaikan menggunakan ChatGPT dalam ayat copyright pemasaran (marketing)
4. Kepentingan ChatGPT kepada usahawan
Tarikh : 15 Februari 2024 Masa : 02.30 pm - 03.30 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (Lelaki) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia lelaki yang sedang masih menduduki SPM berkaitan dengan penulisan resume. Penulisan resume bukan sahaja digunakan untuk graduan lepasan diploma mahupun lepasan ijazah, tetapi belia lepasan SPM juga perlu mengetahui asas penulisan resume untuk memudahkan mereka mengetahui serba sedikit berkaitan alam pekerjaan.
Aktiviti:
Pelajar didedahkan dengan asas penulisan resume dengan menunjukkan slide presentation berkaitan Resume Writing dan menerangkan serba sedikit kepada beliau jika beliau keliru dan mempunyai sebarang persoalan.
Tarikh : 15 Mac 2024 Masa : 09.30 am - 10.30 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Terbuka |
Tujuan:
Mendedahkan tentang Whatapps Business. Menjelaskan kepentingan dan kebaikan fungsi Aplikasi ini kepada usahawan.
Aktiviti:
1. Pembelajaran tentang penggunaan Whatsapps business, cara penggunaan dan kebaikan penggunaannya.
2. Cara muat turun Whatsapp business dalam telefon pintar.
Tarikh : 14 Februari 2024 Masa : 09.30 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (Wanita) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta belia untuk membuat satu poster produk jualan yang menggambarkan produk yang dijual dengan harga yang telah ditetapkan.
Aktiviti:
Kelas diadakan secara bersemuka di PEDi Sadong Jaya. Pelajar diajar cara membuka satu dokumen di laman web Canva dan memilih saiz yang sesuai. Peserta juga diajar cara mencari gambar di Google Image Search untuk dijadikan contoh produk yang hendak dijual. Kemudian, peserta diajar cara memulakan menghasilkan poster harga produk tersebut dengan memasukkan text dan gambar-gambar yang berkaitan.