Nama : Shahrul bin Ibrahim

Umur : 18 Tahun

Ahli   : 2016

 

Latar Belakang:

Sharul bin Ibrahim merupakan seorang pelajar yang berkelainan upaya. Beliau adalah seorang pelatih/pelajar di PDK Sadong Jaya. Setiap kali selepas habis masa kelas beliau di PDK Sadong Jaya, sementara menunggu bapa beliau menjemput beliau pulang, beliau akan ke PIK Sadong Jaya untuk bermain komputer. Biasanya beliau suka menonton video di Youtube. Beliau juga rajin mengikuti kelas khas untuk pelajar PDK Sadong Jaya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer. Beliau juga tidak berapa mengetahui apa fungsi komputer dan setiap yang ada padanya.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau juga sudah pandai mewarna secara digital dan beliau sangat gemar dengan aktiviti tersebut. Walaupun masih lambat, beliau tetap tahu apa yang beliau perlu lakukan ketika menaip dan mewarna secara atas talian.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Nama : Mardiah binti Kasar

Umur : 60 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Mardiah merupakan seorang warga usia emas yang ingin menjadi seorang yang bijak IT. Beliau suka belajar mengenai komputer terutamanya dalam kemahiran menaip dan mengenali fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci komputer. Beliau sering mengikuti pertandingan menaip yang dianjurkan oleh Kelab Warga Usia Emas ketika mereka mengadakan program atau aktiviti.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan tidak mengenali apa dan bagaimana komputer itu berfungsi.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Walaupun hanya mempelajari pengetahuan awal penggunaan komputer dan menaip, beliau sangat gembira kerana telah pandai menggunakan komputer dan menaip dan rasa tidak ketinggalan wapaupun sudah berusia.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

USAHAWAN - Produk Tupperware

Nama : Aishah binti Roslan

Umur : 26 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang:

Cik Aishah merupakan seorang belia wanita yang sangat bersemangat dalam mencari rezeki untuk meneruskan kealngsungan hidup. Beliau merupakan seorang staff di Felda. Akan tetapi dengan minat yang kuat dalam bidang perniagaan, beliau menggunakan masa ynag terluang dengan menjalani bisnes Tupperware. Beliau sangat aktif menjual Tupperware di sosial media dan mengumpul banyak pelanggan tetap serta ahli di bawahnya. Cik Aishah seorang nelia wanita yang sangat berdikari dan tabah dalam menjalani apa saja dugaan dan cabaran yang beliau lalui.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Mempromosikan produk jualan dan bisnes beliau kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat yang mengenali beliau. Menjual secara offline kepada rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau mempromosikan produk jualan beliau di Facebook dan WhatsApp. Beliau juga dengan kreatif bijak mengedit gambar dan video pendek untuk dijadikan bahan marketing agar lebih menarik minat pengguna untuk membeli produk jualan beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Nama : Saodah binti Haji Mohamad

Umur : 47 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Saodah merupakan seorang wanita bekerja yang bekerja sebagai seorang Guru Kafa. Beliau telah mengikuti kelas di PIK Sadong Jaya semenjak beliau mengetahui kewujudan dan fungsi PIK Sadong Jaya.

 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer. Tidak berapa tahu mengedit dan menyimpan dokumen agar formatnya kekal dan tidak lari.

 

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PIK:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer dan beliau semakin bijak menggunakan kemudahan internet terutama untuk mencari bahan kerja sekolah beliau dan menggunakan aplikasi WhatsApp Web, untuk memudahkan beliau memuat turun dan memuat naik dokumen yang diperlukan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

USAHAWAN - Produk Kecantikan

Nama : Rozlina binti Lazi

Umur : 39 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar Belakang:

Puan Rozlina binti Lazi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Selain aktif dengan persatuan-persatuan yang beliau ikuti di kampung, beliau juag seoarng peniaga kecil yang menjual produk kecantikan. Beliau suka mengajak rakan-rakan beliau untuk menjdai seorang wanita yang cantik walaupun hanya sebagai seorang surirumah. Beliau menjual produk beliau melalui sosial media FAcebook, WhatsApp dan juga secara jualan langsung (offline).

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Mempromosikan produk jualan dan bisnes beliau kepada rakan-rakan dan keluarga terdekat yang mengenali beliau.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau mempromosikan produk jualan beliau di Facebook dan WhatsApp. Beliau juga dengan kreatif bijak mengedit gambar dan video pendek untuk dijadikan bahan marketing agar lebih menarik minat pengguna untuk membeli produk jualan beliau.

Klik Di Sini Untuk Gambar