USAHAWAN - Produk Kecantikan

Nama : Putri Anastacia binti Agus

Umur : 17 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang:

Adik Putri Anastacia seorang pelajar sekolah menengah yang suka melibatkan diri dalam bisnes kecil-kecilan. Beliau suka berniaga untuk mengisi masa lapang di samping mengumpul pendapatan sampingan beliau. Beliau menjual barangan kosmetik di media sosial terutamanya platform Facebook dan WhatsApp. Adik Putri juga sering mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya. Beliau juga sering menggunakan khidmat Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya untuk mempromosikan lagi produk jualan beliau dan membuat kerja-kerja sekolah.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline kepada rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau dapat memperluaskan lagi jualan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dengan adanya sosial media WhatsApp dan Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - Pelajar Sekolah

Nama : Muhammad Yusuf bin Matahir

Umur : 12 Tahun

Ahli   : 2020

 

Latar Belakang:

Adik Muhammad Yusuf bin Matahir seorang pelajar sekolah rendah yang gemar pergi ke Pusat Iternet untuk melayari internet dan membuat kerja sekolah beliau. Beliau seorang yang suka belajar dan sangat ceria orangnya. Yusuf suka mengikuti aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya terutamanya berkaitan dengan pertandingan yang beliau minati.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan menaip. Tidak berapa tahu mengedit dan menyimpan dojumen agar formatnya kekal dan tidal lari.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer dan beliau semakin bijak menghasilkan dokumen yang menarik. Beliau semakin cerdik dalam menggunakan kemudahan internet yang ada.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - Wanita

Nama : Siti Zawanah binti Ibrahim

Umur : 27 Tahun

Ahli   : 2016

 

Latar Belakang:

Puan Zawanah merupakan seorang ibu muda dua orang anak. Walaupun sibuk menguruskan anak-anak dan keluarga, Puan Zawanah tetap membahagikan masa beliau dnegan belajar berkenaan dengan ICT dan komputer. Beliau pernah mengikuti aktiviti bengkel ICT yang dijalankan di Pusat Internet. Di samping itu, beliau juga sering menggunakan khidmat yang disediakan oleh Pusat Internet. Beliau juga pernah menjalankan perniagaan servis membuat resume dan mencetak resume tersebut di Pusat Internet. Servis beliau sangat digemari rakan-rakannya kerana memudahkan kerja mereka. 

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak begitu pandai menggunakan komputer dan menaip. Tidak berapa tahu mengedit dan menyimpan dokumen agar formatnya kekal dan tidak lari.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer dan beliau semakin bijak menghasilkan dokumen yang menarik.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

KEUSAHAWANAN - USAHAWAN (HASIL TANGAN KAIT)

Nama : Dahari bin Jolhi

Umur : 62 Tahun

Ahli   : 2014

 

Latar Belakang:

Encik Dahari bin Jolhi adalah seorang bekas kakitangan KEMAS. Di samping aktif menjdai Pengerusi Masjid di Sadong Jaya, beliau mengisi masa lapang dengan mengait. Beliau menghasilkan pelbagai hasil kraf daripada benang kait yang beliau kait sendiri. Walaupun seorang lelaki, kemahiran mengait beliau sangat hebat dan dengan kemahiran tersebut, beliau menjual pelbagai jenis hasil kaitan yang beliau buat di samping mengajar anak-anak muda kemahiran mengait. Semoga Encik Dahari Jolhi sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi contoh kepada anak-anak muda masa kini.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Mempromosikan produk jualan dan bisnes beliau kepada rakan-rakan di dan keluarga terdekat yang mengenali beliau sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis beliau dikembangkan kepada umum. Beliau mempromosikan hasil kaitan beliau di media sosial dan menyertai pertandingan kraf tangan di Pusat Internet. Hasil kait beliau yang cantik menjadi tumpuan ramai dan secara tidak langsung membantu beliau mempromosikan lagi hasil kait beliau di serata tempat.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video

 

 

KEUSAHAWANAN - PRODUK KECANTIKAN MARYKAY

Nama : Siti Noorazimah binti Wakino

Umur : 31 Tahun

Ahli   : 2017

 

Latar Belakang:

Puan Noorazimah adalah seorang surirumah tangga yang menjalankan bermacam jenis perniagaan. Salah satu produk yang beliau jual adalah tempe. Akan tetapi, beliau lebih fokus dan cenderung kepada menjalankan perniagaan produk kecantikan MAry Kay. Beliau sering mengikuti kursus yang dianjurkan di Psuat Internet dan sering menjalankan aktiviti bisnes Mary Kay di Pusat Internet. Beliau telah lama berkecimpung dalam bidang perniagaan dan beliau juga merupakan sahabat di bawah skim Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Mempromosikan produk jualan dan bisnes beliau kepada rakan-rakan di sosial media dan pelanggan-pelanggan belaiu sebelum ini.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Servis jualan beliau dikembangkan kepada umum. Beliau dapat memperkenalkan dan mengajak orang ramai untuk bersama beliau dalam menjalankan bisnes ini apabila beliau mengadakan aktiviti Mary Kay di Pusat Internet Sadong Jaya. Dengan adanya aktiviti tersebut, ramai penduduk tempatan berminat dengan bisnes beliau sekaligus ramai juga yang membeli dan menjadi pelanggan tetap beliau. Beliau juga sering mempromosikan produk jualan beliau di Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar