CELIK IT - 

Nama : Amirul Amri bin Jamal

Umur : 27 Tahun

Ahli   : 2014

 

Latar Belakang:

Amirul Amri adalah seorang pelatih PDK Sadong Jaya yang kekurangan upaya (Golongan OKU). Beliau sering mengikuti kelas-kelas di PI Sadong Jaya jika berkelapangan. Walaupun seorang yang kurang upaya, beliau seorang yang cepat mengerti dan cepat faham tentang apa yang petugas ajar dan terangkan. Walupun lambat, beliau tetap pandai menggunakan komputer dan mengetahui fungsi-fungsi asas papan kekunci.

 

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak begitu pandai mengenal apa itu komputer dan tidak mengetahui macam mana nak menggunakan komputer.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menonton video di YouTube, mewarna secara online (mewarna digital), Beliau juga sudah pandai mencari sendiri video yang hendak beliau tonton di Toutube dengan menaip tajuk yang dikehendaki

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

KEUSAHAWANAN - USAHAWAN IKAN TERUBOK MASIN (ONLINE/OFFLINE)

Nama : Nasiban binti Habibullah Khan

Umur : 57 Tahun

Ahli   : 2014

 

Latar Belakang:

Puan Nasiban seorang ahli Pusat Internet yang senantiasa berkunjung ke Pusat Internet untuk melakukan kerja beliau. Puan Nasiban seorang usahawan Ikan Terubok Masin buatan beliau sendiri. Dengan bantuan AIM dan HOMSA (Homestay Sadong JAya) beliau memperluaskan lagi pengusahaan Ikan Terubok Masin beliau bukan sahaja di kampung halaman malah di luar kawasan juga.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual secara offline kepada rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah memperkembangkan lagi jualan beliau kepada umum. Beliau juga menjual produk beliau ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal dengan adanya sosial media WhatsApp dan Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Syahrul Ehwan bin Lamat

Umur : 31 Tahun

Ahli   : 2016

Latar Belakang:

Encik Syahrul Ehwan merupakan ahli Pusat Internet sejak 2016 lagi. Beliau seorang usahawan belia yang menghasilkan 'button badge' dari pelbagai jenis. Button badge jualan beliau sangat mendapat sambutan dan permintaan terutamanya daripada golongan remaja dan pelajar sekolah. Beliau juga menjual button badge secara borong jika dalam pembelian yang banyak. Encik Syahrul Ehwan juga adalah salah seorang squad Pusat Internet Sadong Jaya yang sering kali membantu petugas menguruskan program-program yang diadakan di PUsat Internet.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual dan mempromosikan produk beliau secara offline melalui rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain. Beliau sering mengikuti apa sahaja program atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

Klik Di Sini Untuk Video

 

 

KEUSAHAWANAN - CELIK IT

Nama : Dahlia binti Medin

Umur : 30 Tahun

Ahli   : 2018

 

Latar Belakang:

Puan Dahlia merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa. Puan Dahlia juga seorang yang aktif menyertai aktivtiti belia di kampung beliau dan menjadi setiausaha untuk persatuan tersebut. Beliau sering ke Pusat Internet untuk membuat minit mesyuarat dan laporan aktiviti untuk persatuan tersebut.

 

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau tidak beegitu pandai menaip menggunakan komputer dan menaip. Tidak berapa tahu melayari internet untuk mencari gambar dan maklumat yang berkaitan.

 

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Office Word, Microsoft Office Excel dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 


KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Nasiah binti Sahari

Umur : 47 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Puan Nasiah binti Sahari adalah seorang wanita yang berdaya saing, kreatif dan suka berniaga. Beliau telah lama menceburi bidang perniagaan dalam pelbagai jenis produk makanan kering dan kraf tangan. Dengan bantuan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia, Puan Nasiah mampu mengembangkan perniagaan beliau. Di samping berniaga makanan dan kraf tangan, beliau juga mengambil tempahan menjahit.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menjual dan mempromosikan produk beliau secara offline melalui rakan-rakan dan kenalan terdekat sahaja.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Beliau menggunakan aplikasi WhatsApp dan Facebook sebagai platform untuk berniaga. Beliau juga sering mengunjungi Pusat Internet Sadong Jaya untuk kursus-kursus Usahawan, Pemasaran Dalam Talian, serta kursus yang dianjurkan agensi lain. Beliau sering mengikuti apa sahaja program atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sadong Jaya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Klik Di Sini Untuk Video

 

 

KEUSAHAWANAN - PENIAGA (ONLINE/OFFLINE BUSINESS)

Nama : Nurizzatul binti Hassan

Umur : 16 Tahun

Ahli   : 2017

Latar Belakang:

Adik Nurizzatul merupakan seorang pelajar sekolah menengah. Walaupun masih belajar, beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan dan beliau memulakan minat beliau dengan menjual produk Tupperware. Beliau sudah mempunyai pelanggan tetap beliau sendiri untuk membeli produk keluaran Tupperware dan beliau sering mempromosikan produk jualan beliau jika ada kelapangan.

Sebelum Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Menjual secara offline dan online kepada sahabat handai dan keluarga terdekat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI:

Selepas melibatkan diri dengan aktiviti Pusat Internet Sadong Jaya, servis beliau dikembangkan lagi kepada umum. Beliau mampu memperluaskan ke kawasan yang jauh dari tempat tinggal. Beliau juga membuat promosi dan publisiti mengenai produk beliau di sosial media, WhatsApp dan Facebook.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

CELIK IT - WANITA

Nama : Puan Salhah binti Marikan

Umur : 47 Tahun

Ahli   : 2015

Latar Belakang:

Puan Salhah merupakan seorang penjawat awam (KEMAS). Beliau sering ke Pusat Internet untuk belajar menggunakan komputer terutamanya dalam aspek menaip di Microsoft Office Word. Beliau seorang yang kental dan mempunyai semangat belajar yang tinggi sehingga beliau faham dan boleh membuat kerja beliau sendiri tanpa bantuan petugas.

Sebelum Penggunaa ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau tidak berapa pandai menggunakan komputer dan menaip. Tidak tahu melayari internet untuk mencari maklumat.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI1M:

Beliau sekarang telah pandai menaip, menggunakan Microsoft Word dan mengetahui cara-cara menggunakan komputer. Beliau turut mempelajari cara penjagaan komputer. 

Klik Di Sini Untuk Gambar