Tarikh : 7 Mac 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas (5 orang) |
Tujuan:
Kelas Dashboard ini bertujuan untuk mengenalkan tentang apa itu Dasshboard Komuniti dan kegunaanny akepada warga usia emas yang menghadiri kelas. Mereka dikenalkan dengan fungsi setiap modul yang terdapat di Dashboard Komuniti.
Aktiviti:
Para pelajar diajar cara log masuk ke Dashboard Komuniti menggunakan kad pengenalan masing-masing. Mereka kemudian di tunjukkan fungsi setiap modul oleh petugas. Kemudian mereka diajar cara membuat pengumuman di MyKomuniti di mana mereka mengaplikasikan ilmu menaip yang mereka pelajari setiap minggu di Kelas ICT. Mereka kemudian melihat kembali pengumuman yang telah dibuat di MyKomuniti setelag di'approved' oleh admin.
Tarikh : 3 Mac 2018 Masa : 8.00 am - 10.00 am Lokasi : SK Iboi Pelanduk Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (17 orang) |
Tujuan:
Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti yang berlangsung sempena Karnival JKKK Daerah Kecil Sadong Jaya di SK Iboi Pelanduk anjuran Pejabat Daerah Sadong Jaya. Setiap sekolah di daerah Sadong Jaya diwajibkan menghantar 2 orang wakil untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan mewarna digital ini menggunakan aplikasi Paint yang mana aplikasi mewarna paling mudah dan senang difahami oleh setiap peringkat umur pelajar.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas daripada petugas mengenai cara menggunakan aplikasi Paint. Dalam masa satu jam, setiap peserta pertandingan mesti siap mewarna menggunakan Netbook 1Malaysia yang disediakan oleh pihak PI1M Sadong Jaya. Semua peserta mendapat hadiah saguhati dan sijil penyertaan. 5 peserta terbaik mendapat hadiah yang lebih istimewa daripada pihak PI1M Sadong Jaya dan pihak penganjur.
Tarikh : 14 Februari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar cara menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.
Tarikh : 21 Februari 2018 Masa : 9.00 am - 10.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas (1 Peserta) |
Tujuan:
Memperkenalkan peserta dari golongan warga emas yang juag ahli aktif PI1M Sadong Jaya tentang Dashboard Komuniti. Hal ini supaya peserta tahu akan kewujudan Dashboard komuniti dan apakah tujuan Modul-modul yang disediakan.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan mengajar peserta cara untuk log masuk ke Dashboard Komuniti menggunakan komputer. Peserta diajar kegunaan setiap modul yang tersedia dalam Dashboard Komuniti. Peserta kemudiannya di ajar cara untu membuat pengumuman di MyKomuniti dan cara untuk melihat barangan jualan ahli PI1M sekitar Malaysia di MyShop.
Tarikh : 7 Februari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Menguji ingatan dan tahap kefahaman warga usia emas yang mengikuti kelas ICT Microsoft Office Word yang berlangsung pada setiap hari Rabu, setiap minggu. Mereka diberi masa selama lebih kurang 1 jam untuk menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.
Aktiviti:
Para peserta warga usia emas diberi teks ringkas untuk ditaip menggunakan Microsoft Office Word dalam masa lebih kurang 1 jam. Setelah selesai, petugas kemudian nya memeriksa teks yang mereka taip dan mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan mereka. Mereka kemudian diberi hadiah saguhati tanda usaha mereka yang tidak pernah berputus asa untuk mempelajari dunia komputer walaupun usia sudah meningkat.