Tarikh : 5 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI1M Sadong Jaya Peserta : Encik Adan, Ahli PI1M, Pencari Kerja |
Tujuan:
Encik Adan seorang penduduk tempatan yang ingi mencari pekerjaan melalui online. Beliau diajar cara-cara membuat emel, menaip secara ringkas, dan memohon pekerjaan secara online oleh petugas PI1M Sadong Jaya. Encik adan ingin mencari pekerjaan yang lebih baik dari pekerjaan yang beliau ada sekarang.
Aktiviti:
Encik Adan di ajar cara memulakan pencarian di Google Search. Encik Adan juga di ajar langkah-langkah untuk mencipta Google Account supaya beliau memiliki akanu emel yang sah dan memudahkan beliau untuk memohon pekerjaan di mana-mana website. Kelas hanya di adakan selama setengah hari dan beliau dibiarkan membuat sendiri setelah diajar secara ringkas oleh petugas.
Tarikh : 6, 13, 20 Disember 2017 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT Warga Usia Emas diadakan setiap hari Rabu jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di bilik latihan PI1M Sadong Jaya. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar warga usia emas mengenai komputer terutamanya menaip. Mereka diajar menggunakan Microsoft Word sehingga mereka betul-betul faham dan lancar menaip.
Aktiviti:
Mereka seperti biasa diajar dan diberi masa ulangkaji tentang apa yang telah dipelajari sebelumnya. Kebiasaannya mereka diajar cara asas menaip sehingga mereka betul-betul faham, ingat dan lancar. Mereka juga diberi latihan untuk menguji tahap ingatan dan kefahaman mereka. Setelah beberapa jam dan minit belajar, mereka diajar cara mencari gambar-gambar menarik di Google Image Seacrh Engine supaya mereka tidak keboringan dan tidak stress.
Tarikh : 16 November 2017 Masa : 9.30 am - 10.30 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Pelajar PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Mengenalkan apa itu Dashboard Komuniti kepada para pelajar PDK Sadong Jaya. Mereka diajar cara log masuk menggunakan No Kad Pengenalan masing-masing. Seterusnya mereka dikenalkan dengan modul-modul yang terdapat pada Dashboard Komuniti dan kegunaannya.
Aktiviti:
Para pelajar diajar cara pergi ke laman web Dashboard Komuniti dan seterusnya diajar cara log masuk menggunakan No Kad Pengenalan masing-masing. Mereka diajar cara melawati setiap modul yang terdapat di Dashboard Komuniti dan seterusnya diajar membuat hebahan kepada komuniti. Mereka juga digalakkan untuk menjawab soalan-soalan kuiz Dashboard Komuniti yang telah disiarkan. Hal ini supaya mereka lebih peka akan kewujudan Dashboard Komuniti dan fungsi kewujudannya.
Tarikh : 18 November 2017 Masa : 8.00 am - 9.30 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Pengenalan Dashboard Komuniti khususnya Modul My Shop kepada usahawan tempatan amatlah memberi manfaat kepada para usahawan supaya mereka dapat mempromosikan produk mereka di seluruh Malaysia selari dengan objektif kewujudan PI1M yang ingin meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar. Para usahawan dapat memuat turun produk mereka di My Shop di samping melihat-lihat produk-produk lain yang dihasilkan oleh usahawan-usahawan negara.
Aktiviti:
Para usahawan diajar cara log masuk ke Dashboard Komuniti dengan menggunakan No Kad Pengenalan masing-masing. Bagi yang belum menjadi ahli, petugas membpelawa mereka untuk menjadi ahli dan seterusnya diajar cara memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar masing-masing. Sebagai penghargaan kepada penglibatan meraka, para usahawan dihadiahkan cenderahati T-shirt Dashboard kepada yang memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti di telefon pintar serta memuatturun produk mereka di My Shop dan juga membuat hebahan kepada komuniti.
Tarikh : 18 November 2017 Masa : 9.30 am - 5.00 pm Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Program eUsahawan Sarawak anjuran Politeknik Kuching ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan usahawan tempatan cara-cara untuk mempromosikan produk mereka di media sosial. Pelbagai jenis aplikasi media sosial yang diperkenalkan kepada usahawan tempatan baik yang muda mahupun yang tua. Seiring dengan perederan masa sekarang, media soosial adalah medium yang terbaik untuk memperkenalkan produk keluaran usahawan tempatan kepada orang luar.
Aktiviti:
Program dimulakan dengan taklimat daripada penceramah, Puan Surafah, Pensyarah dari Politeknik Kuching mengenai aplikasi-aplikasi seperti Facebook, Instagram, dan WhatsApp yang mana bakal digunakan oleh para usahawan untuk menjual serta mempromosikan produk mereka. Mereka juga didedahkan akan kegunaan dan fungsi aplikasi tersebut dan bilakah masa yang sesuai untuk menggunakannya. Para usahawan/peserta yang terlibat seterusnya disuruh menggunakan sendiri aplikasi tersebut menggunakan komputer yang disediakan di PI1M Sadong Jaya dengan bantuan dan tunjuk ajar penceramah.