Tarikh   : 26 Oktober 2017

Masa     : 8.30 am - 10.30 am

Lokasi   : SMK Sadong Jaya 

Peserta : Pelajar-pelajar Sekolah menengah (PT3), Guru bimbingan

 

Tujuan:

Klik Dengan Bijak (KDB) Talk ini adalah bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tentang kepentingan menggunakan internet. KDB Talk ini juga dapat mewujudkan sikap tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Dengan mendengar KDB Talk ini pelajar yang terlibat dapat memahami jenayah siber dan cara untuk mencegahnya.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan penerangan ringkas petugas PI1M Sadong Jaya mengenai PI1M Sadong Jaya. Seterusnya petugas memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dan menerangkan modul-modul yang dipilih. Di samping menggunakan Powerpoint sebagai medium pembentangan, petugas juga memperlihatkan kepada para pelajar video-video yang berkaitan dengan KDB. Dengan adanya video yang menarik tersebut, ia dapat menarik perhatian pelajar untuk mendengar dengan lebih lanjut penerangan mengenai KDB.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 13-14 Oktober 2017

Masa     : 7.30 am - 5.00 pm

Lokasi   : Klinik Kesihatan Sadong Jaya, Dewan Masyarakat Sadong Jaya Laut 

Peserta : Warga Usia Emas, Staff Klinik Kesihatan, Agensi Jemputan, Penduduk Kampung Sadong Jaya

 

Tujuan:

Semasa program ini Pusat Internet 1 Malaysia mengadakan Pameran PI1M dan menganjurkan aktiviti Celik Komputer untuk warga usia emas. Pameran PI1M yang diadakan adalah untuk mempromosikan serta memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat sekaligus menarik perhatian dan minat mereka untuk menjadi ahli PI1M. Selain itu, pameran ini juga bertujuan untuk menyedarkan masyarakat setempat dengan kewujudan dan fungsi PI1M Sadong Jaya. Aktiviti Celik Komputer yang diadakan khas untuk warga usia emas adalah bertujuan untuk menguji tahap kepenggunaan komputer/netbook bagi warga usia emas yang mana pertandingan menaip dan menjawab soalan ringkas diberikan. Aktiviti ini juga bertujuan untuk menarik minat warga usia emas untuk mendalami ilmu komputer.

 

Aktiviti:

Semasa Pameran PI1M berlangsung, petugas akan memberi penerangan ringkas mengenai PI1M Sadong Jaya dan kebaikan menjadi ahli PI1M kepada setiap pelawat yang melawat booth pameran. Pelawat yang mendaftar menjadi ahli dan memuatturun aplikasi Dashboard Komuniti akan mendapat hadiah khas dari Komuniti Dashboard.

Semasa aktiviti Celik Komputer dijalankan, warga usia emas diberi tugasan menaip satu perenggan teks yang telah disediakan oleh petugas PI1M Sadong Jaya. Mereka diberi ujian ringkas mengenai komputer. Setiap kerja yang dihantar akan diberi markah dan pemenang-pemenang akan mendapat hadiah menarik dan peserta yang lain akan mendapat hadiah saguhati.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh : 18 Ogos 2017

Masa : 8.00 am - 11.30 pm

Lokasi : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar sekolah menengah dan rendah, orang awam

 

Tujuan:

Kelas ICT (Adobe Photoshop) ini bertujuan untuk membiasakan diri para pelajar dengan penggunaan Adobe Photoshop serta memberi pendedahan asas mengenai komputer. Dengan adanya kelas ini para pelajar dapat mempelajari kemahiran kegunaan software Adobe Reader untuk mengedit gambar-gambar mereka sendiri. Dengan kemahiran yang ada, para pelajaran dapat menghasilkan kerja-kerja kursus dan kerja sekolah mereka dengan baik dan cantik.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan penerangan dan demonstrasi ringkas daripada petugas. Petugas mengajar kemahiran asas menggunakan software Adobe Photoshop. Seusai penerangan, aktiviti diteruskan lagi dengan latihan oleh pelajar itu sendiri dengan bantuan petugas. Pemahaman para pelajar meningkat dengan membuat banyak latihan dan mencuba sendiri menambahbaik gambar dengan menggunakan software Adobe Photoshop.

 

 

Tarikh   : 28 September 2017

Masa     : 8.00 am - 2.00 pm

Lokasi   : Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Jawantankuasa Kampung, Ahli PI1M Sadong Jaya

 

Tujuan:

Hari Dashboard Komuniti ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan apakah itu Dashboard Komuniti kepada penduduk setempat khasnya untuk Jawatankuasa Kampung dan ahli-ahli PI1M Sadong Jaya. Dengan pengenalan tersebut, penduduk kampung dapat menggunakan kemudahan yang terdapat di Dashboard Komuniti seperti My Soal, My Shop, My Health dan My Place. Penduduk boleh mewujudkan pengumuman penting untuk orang ramai, serta menjual mahupun membeli produk yang telah sedia ada di Dashboard Komuniti.

 

Aktiviti:

Program dimulakan dengan taklimat ringkas dari petugas PI1M mengenai apakah itu dashboard komuniti dan slot slot yang terdapat di dalamnya. Para peserta program diajar cara log masuk di komputer dan memuat turun aplikasi dashboard komuniti di telefon pintar. Para peserta diberi tunjuk ajar satu persatu cara menggunakan slot slot di dalam dashboard komuniti. Para peserta mencuba sendiri menggunakan aplikasi dashboard komuniti di komputer mahupun di telefon pintar masing-masing. Mereka diberi cenderamata untuk menghargai usaha mereka dalam belajar menggunakan aplikasi dashboard komuniti tersebut. Para peserta juga diberi peluang untuk menggunakan aplikasi My Health untuk menguji tahap tekanan darah mereka.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh : 5 Ogos 2017

Masa : 2.00 pm - 5.00 pm

Lokasi : Bilik Latihan Pi1M Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Menengah dan Rendah

 

Tujuan:

Kelas ICT (Excel) ini bertujuan untuk memperkenalkan dan membiasakan diri pelajar-pelajar dengan Micrisoft Excel serta memberi pendedahan tentang asas penggunaan komputer. Dengan adanya asas penggunaan Microsoft Excel, para pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran mereka dalam aktiviti akademik mereka seperti membuat jadual dan merancang aktiviti seharian.

 

Aktiviti:

Kelas ini dimulakan dengan demonstrasi dan penerangan dari petugas tentang fungsi yang terdapat dalam Microsoft Excel. Aktiviti disusuli dengan latihan kepada pelajar untuk membuat sendiri dengan dibantu oleh petugas. Para pelajar diajar memasukkan data ke dalam Microsoft Excel dan mennyimpan fail Excel tersebut ke dalam dokumen.

 

Klik Di Sini Untuk Gambar