Tarikh : 18 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Pelajar PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Kelas ICT PDK diadakan pada setiap minggu adalah untuk memperkenalkan mereka dengan asas-asas internet dan komputer oleh petugas PI1M. Mereka juga diperkenalkan dengan apa itu DASHBOARD Komuniti dan Klik Dengan Bijak (KDB) setiap minggu pada sebelum sesi pembelajaran bermula.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk mengenai eWAste kepada para pelajar PDK Sadong Jaya yang terlibat. Mereka kemudian membuat ulangkaji tentang pelajaran minggu lepas mengenai asas penggunaan internet, Google Image Search Engine. Untuk mengelakkan mereka dari merasa tertekan dengan pembelajaran komputer, para petugas mengadakan tayangan movie sebelum kelas tamat.
Tarikh : 20 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : PI1M Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Kelas Demo & Hands On dengan Instarflour yang dianjurkan oleh NASMA Enterprise (Puan Hirmah) mengajar para peserta cara membuat kek dengan tepung segera yang dihasilkan sendiri oleh NASMA Enterprise. Puan Hirmah juga berkongsi ilmu mengenai cara memajukan perniagaan dan mengajar para peserta untuk mendapatkan bantuan perniagaan di mana mana agensi terlibat.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan Puan Hirmah mengenai tepung kek segera yang dihasilkan sendiri oleh beliau. Dengan menggunakan tepung kek beliau, peserta dapat berjimat dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Beliau juga mengajar para peserta cara membuat beberapa jenis kek dari tepung segera beliau. Puan Hirmah juga berkongsi ilmu perniagaan kepada para peserta macam mana nak berusaha berjaya dalam perniagaan. Beliau juga memberi nasihat kepada para peserta sekiranya betul-betul ingin berniaga, boleh memohon bantuan kepada mana-mana agensi yang terlibat.
Tarikh : 11 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Pelajar PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Kelas ICT PDK diadakan disetiap minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kelas ini memberi latihan ICT kepada pelajar PDK yang hadir ke kelas. Mereka diajar cara-cara mencari maklumat di Google, mempraktikkan KDB (Klik Dengan Bijak) di Google Search Engine. Mereka juga diajar cara menggunakan keyboard serta fungsi-fungsinya.
Aktiviti:
Pelajar diajar cara mencari gambar di Google Image Search dan menyimpan gmabar tersebut di dalam komputer. Setelah memilih dan menyimpan gambar-gambar yang mereka suka, pelajar diajar cara mencari semula di mana gambar tersebut terletak setelah dimuat turun di dalam komputer.
Tarikh : 17 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar cara menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.
Tarikh : 10 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketingglan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar asa menaip menggunakan Microsoft Office.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.