Tarikh : 30 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar cara menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.
Tarikh : 24 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 11.00 am Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Warga Usia Emas |
Tujuan:
Kelas ICT warga usia emas diadakan pada setiap minggu dengan bilangan pelajar warga usia emas seramai 6 orang. Kehadiran mereka dicatat supaya mereka tahu berapa hari mereka hadir ke kelas dan supaya mereka tidak ketinggalan jauh dari pelajar yang lain. Mereka diajar cara menaip menggunakan Microsoft Office Word.
Aktiviti:
Para pelajar warga usia emas membuat ulangkaji tentang apa yang mereka pelajari pada minggu yang lepas. Mereka diajar fungsi-fungsi yang ada pada keyboard dan seperti minggu-minggu yang lepas, mereka diberi latihan menaip teks ringkas yang disediakan oleh petugas.
Tarikh : 20 Januari 2018 Masa : 12.00 pm - 2.00 pm Lokasi : PI1M Sadong Jaya Peserta : Usahawan Wanita |
Tujuan:
Memperkenalkan para peserta mengenai Produk Kecantikan Mary Kay oleh wakil Beauty Consultant Mary Kay, Cik Nur Ain dan Puan Noor Azimah. Memberi pendedahan dan ilmu tentang kebaikan menggunakan produk Mary Kay dan cara penjagaan muka. Berkongsi ilmu pengetahuan tentang cara mempromosikan sesuatu produk kepada orang awam.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pengenalan kewujudan Mary Kay oleh Cik Nur Ain dan Puan Noor Azimah. Para peserta diminta mencuba produk-produk Mary Kay mengikut langkah-langkah yang diajar oleh beliau berdua. Di samping menceritakan kebaikan produk Mary Kay, beliau berdua mengajak peserta untuk sama-sama menjana pendapatan sampingan dengan perniagaan Mary Kay.
Tarikh : 25 Januari 2018 Masa : 9.00 am - 12.00 pm Lokasi : Bilik Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Pelajar PDK Sadong Jaya |
Tujuan:
Kelas ICT PDK diadakan pada setiap minggu adalah untuk memperkenalkan mereka dengan asas-asas internet dan komputer oleh petugas PI1M. Mereka juga diperkenalkan dengan apa itu DASHBOARD Komuniti dan Klik Dengan Bijak (KDB) setiap minggu pada sebelum sesi pembelajaran bermula.
Aktiviti:
Membuat ulangkaji tentang pelajaran minggu lepas mengenai asas penggunaan internet, Google Image Search Engine. Untuk mengelakkan mereka dari merasa tertekan dengan pembelajaran komputer, para petugas mengadakan tayangan movie sebelum kelas tamat.
Tarikh : 20 Januari 2018 Masa : 8.00 am - 9.00 am Lokasi : Bilit Latihan PI1M Sadong Jaya Peserta : Usahawan Tempatan |
Tujuan:
Memberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan untuk menentukan kesahihan label MCMC yang terdapat dalam peralatan komunikasi. Memperkenalkan program mobile e-Waste yang merupakan promosi pelupusan e-sisa yang berasaskan SIM dan peralatan ICT secara selamat dan mesra alam melalui pendekatan "urban mining".
Aktiviti:
Penerangan daripada petugas PI1M mengenai e-Waste dan Check Your Label diikuti dengan sesi soal jawab daripada peserta.