Tarikh : 13 September 2021 Masa : 14.30 pm - 16.30 pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya Peserta : Komuniti |
Tujuan:
Taklimat ini diadakan oleh pihak Travel360 dengan kerjasama SKMM secara atas talian bersama peserta-peserta yang terpilih. Peserta-peserta terdiri daripada usahawan tempatan, kelab terkemuka di sesuatu tempat, tempat menarik dan sebagainya.
Aktiviti:
Taklimat ini mengajar dan mengetengahkan peserta tentang apa program Travel360 dan mengajar mereka mendaftar tempat atau perusahaan mereka di laman web Travel360.com. Program ini diadakan untuk membantu para usahawan terutamanya mempromosikan produk mereka di seluruh Malaysia.
Tarikh : 20 Ogos 2021 Masa : 14.30 pm - 17.00 pm Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya (Online) Peserta : Pelajar Universiti/Kolej |
Tujuan:
Aktiviti ini adalah aktiviti secara online di mana petugas PIK menjadi penemuduga bagi pelajar di Cosmopoint College untuk ujian tugasan mereka. Mock Interview di jalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan taklimat KDB secara ringkas kepada para peserta. Kemudian aktiviti dimulakan dengan mengikut giliran kumpulan-kumpulan yang telah dibahagikan oleh Pensyarah mereka. Mereka masuk secara berkumpulan ke link Google Meet yang telah diberikan dan petugas memulakan temuduga secara maya ke atas peserta yang terlibat.
Tarikh : 14 Jun 2021 Masa : 11.00 pm - 12.00 pm Lokasi : WhatsApp Chat Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia untuk mencipta kembali kata laluan untuk akaun emel belia yang beliau lupa. Kelas dan perbincangan di adakan atas talian pada waktu malam akibat liputan internet yang agak sukar di tempat tinggal beliau dan akibat masih dalam tempoh perintah kawalan pergerakan.
Aktiviti:
Aktiviti di adakan atas talian menggunakan medium aplikasi WhatsApp. Petugas memberi tunjuk ajar berserta screenshot dan rujukan laman web kepada peserta untuk memudahkan peserta faham apa yang disampaikan oleh petugas.
Tarikh : 4 Ogos 2021 Masa : 10.00 pm - 11.00 am Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia membuat email address menggunakan Google Account. Penggunaan emel telah menjadi suatu kepentingan di zaman sekarang. Setiap daripada kita khususnya yang memiliki alatan teknologi seperti telefon misalnya haruslah memiliki satu emel. Dalam kelas ini, pelajar diajar cara log masuk ke emel gmail beliau menggunakan komputer. Dan kemudian mencari emel inbox yang beliau perlukan. Setelah selesai segala urusan beliau, beliau diingatkan agar tidak lupa untuk log keluar dari akaun gmail tersebut sekaligus keluar dari akaun google agar maklumat peribadi beliau snetiasa terpelihara dan selamat.
Aktiviti:
Kelas ini diselitkan juga dengan aktiviti KDB dengan taklimat dan nasihat ringkas berkaitan Maklumat Palsu dan Scam. Banyak orang yang tidak bertanggungjawab di zaman sekarang menghantar pelbagai jenis emel scam kepada kita. Jika kita terpedaya, kitak akan mudah membuka emel yang mereka hantarkan sekaligus kita telah masuk dalam permaiann mereka. Oleh yang demikian, pelajar di ajar untuk tidak membuka sebarang emel yang dihantar kepada beliau jika tidak pasti siapakan yang menghantarnya. Kelas diteruskan dengan mengajar beliau cara pengurusan emel dengan betul.
Tarikh : 14 Jun 2021 Masa : Sepanjang Hari Lokasi : FB Page Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Komuniti Setempat |
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan mendedahkan komuniti setempat dengan kesedaran program Klik Dengan Bijak walaupun dalam situasi pendemik dan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan. Permainan ini adalah permainan menguji ingatan di samping mengisi masa mereka apabila duduk di rumah.
Aktiviti:
Aktiviti adalah permainan Flip and Match secara atas talian. Permainan ini terbuka kepada semua peringkat umur. Semua peserta yang bermain permainan ini hendaklah memasukkan nama penuh mereka terlebih dahulu untuk memudahkan petugas merekod penglibatan mereka di sistem CMS.