Tarikh   : 18 Julai 2020

Masa     : 08.30 - 12.30

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar para wanita yang berkerjaya yang menyambung smeula pengajian mereka. Disebabkan pandemik COVID19, kelas di institut pengajian tinggi berjalan secara atas talian dan menggunakan aplikasi yang popular iaitu Google Meet. Walaupun pada asasnya Google Meet adalah aplikasi yang lama, tetapi kebanyakkan komuniti diluar sana belum mengenali fungsi dan cara penggunaan Google Meet. Oleh itu, kelas ini mengajar mereka para wanita menggunakan aplikasi ini sekaligus mereka dapat mengikuti kelas mereka dengan internet yang baik.

 

Aktiviti:

Aktiviti diselitkan dengan KDB Talk ringkas kepada peserta. Peserta kemudiannya diajar cara logmasuk ke google account (Gmail), dan seterunya menekan link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka untuk menyertai kelas online tersbeut. Setelah berjaya masuk dan faham langkah-langkah yang perlu untuk menggunakan Google Meet, mereka seterusnya melaksanakan kelas mereka secara atas talian dengan pemantauan dan tunujuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 8 Julai 2020

Masa     : 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Lepasan Sekolah (SPM)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar lepasan SPM mengisi permohonan online untuk menyambung pelajaran mereka. Mereka memilih untuk memohon (membuat rayuan) untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana mereka berminat dan bercita-cita untuk menjadi guru yang mendidik anak bangsa suatu masa nanti. Di era teknologi kini, kebanyakan daripada permohonan dibuat secara atas talian dan atas sebab talian internet agak lambat dirumah mereka, mereka memilih untuk ke Pusat Internet Sadong Jaya untuk mengisi permohonan tersebut sekaligus dapat meminta tunjuk ajar daripada petugas.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas mengenai Aspirasi Digital. Kemudian seperti biasa peserta di suruh log masuk ke sistem CMS untuk menggunakan komputer. Peserta kemudiannya di ajar pergi ke laman web yang sepatutnya dan mengisi segala butiran yang diperlukan. Setelah selesai dan menyemak segala butiran yang di isi, peserta kemudian menghantar permohonan mereka. Setelah itu, mereka secara ringkas belajar mengenai pengisian dalam talian yang lain seperti SPA, eRecruitment, JobsMalaysia dan sebagainya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 27 Jun 2020

Masa     : 14.00 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan dengan para wanita (Guru KAFA) yang menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan aplikasi Google Meet, aplikasi yang digunakan pada masa untuk pembelajaran dan pengajaran jarak jauh. Mereka menggunakan aplikasi Google Meet untuk kelas Online mereka menggunakan khidmat komputer di Pusat Internet dan menggunakan telefon pintar masing-masing.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan log masuk ke Google Account. Kemudian pelajar membuka WhatsApp Web (bagi yang menggunakan komputer) dan membuka link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Pelajar kemudian terus ke aplikasi Google Meet dan mengikut langkah-langkah yang seterusnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 7 Julai 2020

Masa     : 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan belia dengan asas penggunaan Microsoft Office Word dalam menaip surat rasmi. Beliau di ajar cara menaip surat rasmi yang betul dengan format yang betul. Beliau di ajar fungsi setiap satu butang yang ada keyboard. Ilmu pengetahuan mengenai asas Microsoft Office Word sangat penting dalam dunia digital masa kini.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas mengenai Teknologi dan Anda kepada peserta. Kemudian peserta di ajar cara log masuk ke akaun cms dengan menggunakan no ic yang telah didaftarkan sebagai ahli. Peserta kemudian di ajar cara membuka perisian Microsoft Office Word di komputer yang beliau gunakan dan seterusnya memulakan menaip surat yang beliau kehendaki. Setelah siap menaip dengan tunjuk ajar dan pemantauan petugas, peserta kemudian mencetak surat tersebut untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh   : 27 Jun 2020

Masa     : 09.00 - 12.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan belia tentang permohonan kerja secara atas talian pada masa kini. Beliau juga dikenalkan dengan Page Facebook Pusat Internet Sadong Jaya kerana di Page tersebut selalu mengemaskini status jawatan kosong yang ada mengikut masa yang ditetapkan. Beliau juga diajar cara memuatnaik dikumen yang diperlukan untuk permohonan kerja tersebut.

 

Aktiviti:

Kelas dimulakan dengan log masuk ke Google Account. Kemudian pelajar membuka WhatsApp Web (bagi yang menggunakan komputer) dan membuka link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Pelajar kemudian terus ke aplikasi Google Meet dan mengikut langkah-langkah yang seterusnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar