Tarikh       : 15 Oktober 2022

Masa         : 09.00 am - 13.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah membuat surat rasmi ringkas jika beliau tidak dapat hadir ke sekolah. Surat rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah sangat penting bagi menggantikan slip sakit jika pelajar tidak dapat hadir atas sebab selain sakit atau tidak mampu untuk ke klinik. Selain itu, pelajar juga akan mendapat pendedahan awal tentang format surat rasmi.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas berkaitan dengan Teknologi dan Anda. Pelajar kemudian diterangkan dengan apa itu surat rasmi dan tujuan menulis surat rasmi. Pelajar juga di ajar tentang format penulisan surat rasmi. Hal yang demikian membuat pelajar mendapat pengenalan awal mengenai penulisan surat rasmi. Dengan kemahiran menaip yang ada pada diri pelajar, petugas hanya mengajar tentang format penulisan dan kekemasan surat sahaja. Setelah selesai membuat surat rasmi, pelajar diajak menggunakan kemudahan internet yang adauntuk bermain secara atas talian iaitu bermain permainan Word Puzzles Online Quiz.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 24 September 2022

Masa         : 02.00 pm - 17.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia Wanita (Usahawan)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia (perempuan) membuat logo ringkas menggunakan aplikasi Canva. Aplikasi Canva adalah aplikasi yang mudah digunakan asalkan ada rangkaian internet dan mempunyai akaun Google. Dengan adanya logo yang beliau reka sendiri, peserta boleh mempromosikan khidmat beliau dengan lebih luas lagi terutamanya di media sosial.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Scam kepada peserta. Beliau dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan mana-mana mesej atau panggilan yang diterima daripada orang yang tidak dikenali. Kemudian, peserta diajar cara memulakan untuk memnggunakan aplikasi Canva dengan membuka laman web Canva di search engine. Kemudian beliau log masuk ke akaun Canva menggunakan akaun Google beliau yang sedia ada. Beliau mereka sendiri logo beliau dengan bantuan tunjuk ajar daripada petugas. 

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

 

Tarikh       : 4 September 2022

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengaja pelajar sekolah rendah cara membuat poster ringkas menggunakan Microsoft Office PowerPoint sahaja. Pelajar di ajar cara menukar setting saiz poster ke saiz A4 paper. Kemudian pelajar di ajar cara insert shape yang sesuai mengikut kretaiviti beliau sendiri. Pelajar juga diajar cara untuk memasukkan text box untuk menulis ayat yang sepatutnya. Pelajar di ajar cara untuk mengalihkan text box dan shape yang dimasukkan ke tempat yang sesuai sekaligus mengajar beliau cara menukar warna dan saiz yang bersesuaian.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB talk ringkas mengenai Penyantunan Atas Talian ke atas kanak-kanak. Topik itu sangat bersesuaian dengan kanak-kanak sekolah rendah sekarang yang kebanyakkannya aktif di sosial media. Pelajar kemudian diajar cara membuat poster KDB menggunakan Microsoft Office PowerPoint. Pelajar diajar cara memasukkan shape dan text box dan menggerakkan shape dan text box tersebut ditempat yang sesuai. Pelajar juga diajar cara memasukkan icon ayng bersesuaian untuk poster beliau. Pelajar membuat latihan sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 5 September 2022

Masa         : 02.00 pm - 17.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah mencari gambar-gambar yang diperlukan untuk kerja kursus beliau menggunakan medium Google Search Image. Setelah memuat turun gambar-gambar yang dicari, beliau kemudian di ajar cara memasukkan gambar tersebut ke dalam dokumen Microsoft Office Word mengikut saiz yang sepatutnya. Beliau kemudian diajar cara memasukkan text box untuk menaip caption berkaitan dengan gambar.

 

Aktiviti:

Peserta diberikan talk KDB secara ringkas mengenai Buli Siber sambil mengulangkaji cara memulakan penggunaan komputer kepada peserta. Peserta kemudian diajar mencari gambar di Google Search Image dan memasukkan gambar-gambar tersebiut ke dalam dokumen Microsoft Office Word dan menaip caption di bawah setiap gambar. Setelah selesai, peserta kemudian diajar cara menyimpan dokumen tersebut ke dalam bentuk PDF dan dihantar ke Pendrive untuk dicetak. Peserta lebih kepada membuat latihan kendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 3 September 2022

Masa         : 09.00 am - 12.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar peserta tentang cara menggunakan fungsi Insert Shape dalam aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di ajar cara membuat satu poster ringkas Klik Dengan Bijak dengan menggunakan Insert Shape (Callout) di Microsoft Office. Dengan mempelajari fungsi tersebut, pelajar juga dapat tahu cara untuk memasukkan text di dalam shape sekaligus memgetahui cara untuk mengatur saiz bentuk tersebut serta menukar warna bentuk serta tulisan mengikut kesesuaian.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Pengantunan Atas Talian ke atas kanak-kanak. Kemudian pelajar diberikan buku sebagai rujukan untuk membuat poster. Pelajar di ajar cara memulakan dokumen Microsoft Office Word dan di ajar cara untuk Insert Shape dalam dokumen tersebut. Pelajar di ajar cara menukar warna bentuk dan saiz serta warna tulisan. Pelajar membuat latihan sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar