Tarikh : 26 Februari 2022 Masa : 09.00 am - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (1 Orang) |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah mengajar pelajar sekolah rendah menggunakan Microsoft Office Word untuk menaip. Kelas ini juga mengajar peserta sekolah rendah menggunakan kemahiran menaip mengikut format yang telah ditetapkan agar kerja beliau nampak kemas dan cantik. Dengan adanya kelas ini, peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran beliau dunia digital peserta terutamanya dalam penggunaan asas MS Office untuk proses persekolah beliau.
Aktiviti:
Peserta pada mulanya didedahkan dengan KDB Talk ringkas daripada petugas. Peserta diberi penerangan berkaitan dengan komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masa kini. Peserta juga diajar cara menyimpan dan menguruskan dokumen mereka. Peserta membuat latihan kendiri dengan pengawasan minimum daripada petugas.
Tarikh : 25 Februari 2022 Masa : 14.30 pm - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah (3 Orang) |
Tujuan:
Tujuan kelas ini adalah untuk mengajar pelajar sekolah menggunakan komputer dan internet untuk melayari Youtube. Kelas ini juga mengajar pelajar sekolah menggunakan kemahiran Google Search Engine untuk mencari video. Dengan kemahiran yang dipelajari, pelajar dapat meningkatkan kemahiran dunia digital untuk proses persekolahan mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB secara ringkas kepada peserta berkenaan Internet dan Anda. Peserta diberi penerangan berkaitan penjagaan komputer dan kegunaannya dalam kehidupan seharian masa kini. Peserta juga diajar cara menaip untuk mencari bahan yang dicari. Peserta kemudian diajar menggunakan website tertentu dengan fungsi tertentu untuk memudahkan urusan kerja mereka.
Tarikh : 19 Januari 2022 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Wanita (1 Orang) |
Tujuan:
Kelas ini adalah bertujuan untuk mengajar golongan wanita menggunakan Microsoft Office Word. Peserta diajar dan dilatih menggunakan kemahiran menaip mengikut format yang telah ditetapkan agar kerja beliau nampak kemas dan cantik.
Aktiviti:
Aktiviti ini dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas. Peserta diajar cara memindahkan dokumen dari komputer ke dalam handphone. Peserta juga diberi penerangan berkaitan internet dan enjin carian google. Peserta juga diajar cara menjadikan dokumen itu kepada format pdf agar bila dipindahkan ke tempat lain, format dokumen tidak berubah.
Tarikh : 21 Februari 2022 Masa : 09.00 am - 17.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (1 Orang) |
Tujuan:
Kelas ini adalah bertujuan untuk mengajar golongan belia menggunakan Microsoft Office Word. Peserta diajar dan dilatih menggunakan kemahiran asas menaip sebelum ke peringkat yang lebih tinggi.
Aktiviti:
Aktiviti ini dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas. Peserta diajar cara menggunakan Microsoft Office Word dari mula. Peserta di ajar asas cara menaip. Peserta kemudian membuat latihan kendiri dnegan pengawasan yang minimum daripada petugas.
Tarikh : 18 Januari 2021 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (1 Orang) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar belia mengisi permohonan kerja secara atas talian. Peserta yang dalam golongan belia diajar dan dilatih menggunakan Google Search Engine dan menggunakan laman web yang dilayari. Beliau mengisi maklumat diri yang diminta.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Peserta diberi penerangan berkaitan dengan internet, enjin carian dan kelebihannya. Peserta juga diajar cara memuat naik dokumen ke laman web yang dilayari. Peserta juga diajar untuk compress dokumen dan fail yang perlu dimuat naik mengikut standard saiz yang diminta.