Tarikh : 21 Ogos 2022 Masa : 09.30 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para pelajar sekolah rendah tentang mewarna secara digital menggunakan komputer. Mereka diajar cara mewarna menggunakan aplikasi paint yang terdapat di komputer. Di samping itu, pelajar dapat didedahkan dengan penggunaan ICT dalam pengalaman pembelajaran mereka. Sempena bulan kemerdekaan, mereka mewarna poster kemerdekaan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas bertajuk Maklumat Palsu. Setelah diajar oleh petugas cara mewarna menggunakan aplikasi paint, mereka terus memulakan mewarna sekaligus memulakan pertandingan mewarna digital sempena bulan kemerdekaan 2022. Setelah selesai mewarna dalam masa satu jam yang diberikan, semua peserta mendapat hadiah saguhati dan 3 pemenang utama mendapat hadiah istimewa.
Tarikh : 11 Julai 2022 Masa : 09.00 am - 12.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah (1) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang penggunaan YouTube secara positif dan berfaedah. Dengan merujuk dan mempelajari cara membuat origami di YouTube, pelajar dapat belajar membuat origami beliau sendiri. Membuat origami ini penting untuk meningkatkan penguasaan mata, tangan dan pemikiran kanak-kanak sekolah rendah. Dengan itu, mereka akan menjadi lebih cepat bertindak dan cepat mempelajari sesuatu yang baru.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Kemudian peserta diajar cara membuka YouTube dan mencari origami yang beliau suka dan hendak buat. Peserta kemudian diberikan beberapa helai kertas warna dan peralatan seperti gunting, gam dan pisau untuk tujuan proses pembuatan. Peserta dipantau ketika menggunakan peralatan tajam tersebut. Peserta kemudian mengikut langkah-langkah membuat origami yang ditnjukkan di YouTube. Setelah siap peserta menunjukkan kepada petugas.
Tarikh : 23 Jun 2022 Masa : 02.00 pm - 05.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Belia (1 Orang) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia (lelaki) mengedit gambar dengan menggunakan software Adobe Photoshop. Gambar yang diedit merupakan gambar yang beliau perlukan untuk dijadikan poster jualan beliau. Dengan adanya psoter jualan beliau, mudah untuk beliau mempromosikan di sosial media terutamanya Facebook dan WhatsApp (dikongsi ke dalam kumpulan-kumpulan jual beli di WhatsApp). Dengan adanya poster jualan juga, mudah untuk para pelanggan merujuk apa yang dijual dan dengan harga berapa.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB talk secara ringkas kepada peserta mengenai Scam. Peserta kemudian diajar cara memuat turun gambar jualan dari Google Image Search memandangkan beliau belum mengambil gambar produk beliau sendiri. Beliau kemudian mula mengedit poster jualan beliau dengan memasukkan gambar yang dimuatturun tadi dan menampak text pada gambar tersebut. Beliau kemudian mengemas dan mencantikkan lagi poster jualan beliau agar mudah dilihat dan dibaca oleh pelanggan beliau. Peserta membuat editing sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 6 Julai 2022 Masa : 09.00 am - 01.00 pm Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Wanita (26) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para usahawan Wanita berkaitan menjual dan mempromosikan jualan mereka di Facebook Business Page. Sebagai usahawan yang mengikut arus peredaran zaman dan teknologi, mereka harus bijak menggunakan teknologi digital untuk mengembangkan lagi usaha menjual dan mempromosikan jualan mereka di sosial media khususnya. Facebook Business Page adalah satu platform yang paling mudah difahami dan mudah dipelajar oleh segenap usia masyarakat dan kebanyakan daripada masyarakat ada mempunyai Facebook mereka sendiri.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk berkenaan dengan Penipuan Kewangan. Kemudian peserta diberikan penerangan berkenaan platform sosial media yang digunakan untuk menjual dan mempromosikan produk jualan. Peserta seterusnya diajar cara membuat Facebook Business Page. Peserta diajar langkah langkah membuat Facebook Page. Peserta diberikan modul setiap satu untuk rujukan mereka.
Tarikh : 21 Jun 2022 Masa : 09.00 am - 11.00 am Lokasi : PEDi Sadong Jaya Peserta : Wanita (1 Orang) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan peserta dengan kepentingan mempunyai Sarawak ID bagi rakyat ngerei Sarawak. Sarawak ID sangat penting untuk urusan-urusan di Sarawak seperti untuk permohonan perkerjaan penjawat awam atas talian (eRecruitment), permohonan berkaitan nikah atau cerai, penggunaan Sarawak Pay, dan penggunaan laman web atau apps Service Sarawak yang mana Service Sarawak merupakan satu laman web one stop centre untuk mendapatkan segala maklumat terkini atau bantuan terkini yang terdapat di negeri Sarawak.
Aktiviti:
Peserta diajar cara log masuk ke Sarawak ID. Peserta sudah mempunyai Sarawak ID tetapi belum mengemaskini maklumat peribadi beliau di Sarawak ID. Setelah log masuk dengan id dan kata laluan yang betul, peserta terus mengemaskini maklumat yang diminta dan memastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang simpang. Kemudian peserta masuk semula ke laman web Sarawak ID untuk mengetahui service apakah yang boleh diakses dengan menggunakan Sarawak ID selain daripada yang disebut di atas. Peserta menyimpan semua maklumat beliau di dalam telefon agar mudah untuk beliau log masuk semula ke laman web Sarawak ID.