Tarikh       : 23 Jun 2022

Masa         : 02.00 pm - 05.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar belia (lelaki) mengedit gambar dengan menggunakan software Adobe Photoshop. Gambar yang diedit merupakan gambar yang beliau perlukan untuk dijadikan poster jualan beliau. Dengan adanya psoter jualan beliau, mudah untuk beliau mempromosikan di sosial media terutamanya Facebook dan WhatsApp (dikongsi ke dalam kumpulan-kumpulan jual beli di WhatsApp). Dengan adanya poster jualan juga, mudah untuk para pelanggan merujuk apa yang dijual dan dengan harga berapa.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB talk secara ringkas kepada peserta mengenai Scam. Peserta kemudian diajar cara memuat turun gambar jualan dari Google Image Search memandangkan beliau belum mengambil gambar produk beliau sendiri. Beliau kemudian mula mengedit poster jualan beliau dengan memasukkan gambar yang dimuatturun tadi dan menampak text pada gambar tersebut. Beliau kemudian mengemas dan mencantikkan lagi poster jualan beliau agar mudah dilihat dan dibaca oleh pelanggan beliau. Peserta membuat editing sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 21 Jun 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Wanita (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan peserta dengan kepentingan mempunyai Sarawak ID bagi rakyat ngerei Sarawak. Sarawak ID sangat penting untuk urusan-urusan di Sarawak seperti untuk permohonan perkerjaan penjawat awam atas talian (eRecruitment), permohonan berkaitan nikah atau cerai, penggunaan Sarawak Pay, dan penggunaan laman web atau apps Service Sarawak yang mana Service Sarawak merupakan satu laman web one stop centre untuk mendapatkan segala maklumat terkini atau bantuan terkini yang terdapat di negeri Sarawak.

 

Aktiviti:

Peserta diajar cara log masuk ke Sarawak ID. Peserta sudah mempunyai Sarawak ID tetapi belum mengemaskini maklumat peribadi beliau di Sarawak ID. Setelah log masuk dengan id dan kata laluan yang betul, peserta terus mengemaskini maklumat yang diminta dan memastikan maklumat yang diisi adalah betul dan tepat sebelum menekan butang simpang. Kemudian peserta masuk semula ke laman web Sarawak ID untuk mengetahui service apakah yang boleh diakses dengan menggunakan Sarawak ID selain daripada yang disebut di atas. Peserta menyimpan semua maklumat beliau di dalam telefon agar mudah untuk beliau log masuk semula ke laman web Sarawak ID.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 22 Mei 2022

Masa         : 08.30 am - 01.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar peserta untuk bijak dan kreatif membuat kad Ucapan menggunakan komputer. Pada kali ini peserta diajar membuat Kad Ucapan menggunakan Microsoft Office Powerpoint. Dengan menggunakan MS Powerpoint, ianya menjadi mudah dan senang difahami oleh peserta yang masih di peringkat awal mempelajari membuat kad ucapan menggunakan komputer. Disamping itu, peserta juga diajar cara memuat turun gambar-gambar yang perlu digunakan di Google Search Image dan peserta juga diajar cara menyusun atur gambar-gambar di kad ucapan beliau agar nampak cantik dan kemas. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas mengenai Grooming kepada peserta. Peserta kemudian diajar cara membuka MS Office Powerpoint dan mengatur setting design (saiz dan posisi) kad ucapan beliau. Beliau kemudian diajar cara untuk membahagikan kad supaya menjadi dua bahagian (untuk kad yang dilipat dua). Kemudian peserta diajar cara memasukkan gambar yang telah dimuat naik daripada Google Search Image dan menyusun atur posisi gambar-gambar tersebut mengikut kreativiti dan citarasa beliau. Peserta diajar cara mencari sajak ringkas di internet dan kemuidan menyalin dan menaip semula sajak tersebut ke dalam kad ucapan beliau. Setelah siap, kad ucapan yang dihasilkan dicetak dengan bantuan petugas. Peserta sangat gembira dan teruja dengan hasil kerja beliau sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 27 Mei 2022

Masa         : 09.00 am - 11.00 am

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Belia (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar peserta membuat satu bahagian penting dalam business profile iaitu Senarai Projek (Completed and Ongoing with Cost). Peserta adalah seorang kontraktor tempatan yang sentiasa mendapat projek yang kecil mahupun besar. Beliau sentiasa mengemaskini business profile syarikat beliau agar senang dan memudahkan urusan perniagaan beliau.

 

Aktiviti:

Peserta di ajar cara membuat jadual mengenai Completed and Ongoing Project with Cos syarikat beliau. Beliau diajar cara membuat jadual menggunakan kaedah insert table di MS Office Word. Beliau kemudian menaip dan memasukkan senarai projek yang beliau telah laksanakan dan sedang laksanakan mengikut urutan tahun. Beliau kemudian mengatur format warna dan jenis font untuk menampakkan jadual beliau lebih kemas dan cantik serta mudah dibaca.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 21 Mei 2022

Masa         : 08.30 am - 05.00 pm

Lokasi       : PEDi Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah (1 Orang)

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan Microsoft Office Excel untuk membuat jadual. Pelajar di ajar cara memulakan membuat jadual menggunakan Excel dan kemudian pelajar juga diajar cara asas untuk menambahbaik jadual ringkas beliau dengan mewarnakan kotak-kotak tertentu dan menyeragamkan format agar nampak lebih kemas. Beliau juga diajar cara mudah untuk menambah semua jumlah yang dimasukkan tanpa menggunakan kiraan manual (kalkulator). Selepas siap jadual beliau, beliau diajar cara memenjadikan data dalam jadual itu kepada carta pai. Selepas itu beliau diajar cara menggunakan aplikasi Paint untuk melukis dan mewarna mengikut kreativiti beliau sendiri.

 

Aktiviti:

Peserta awalnya dideahkan dengan KDB Talk ringkas iaitu Buli Siber. Peserta kemudian diajar dan diterangkan mengenai MS Office Excel. Peserta diberi satu contoh jadual dan beliau diajar cara membuat jadual seperti yang ditunjukkan. Peserta membuat latihan kendiri dengan bantuan dan pemantauan serta penerangan daripada petugas. Peserta juga diajar cara memindahkan data jadual menjadi carta pai. Peserta sangat teruja kerana beliau mampu membuat carta pai menggunakan MS Office Excel. Peserta kemudian didedahkan dengan aplikasi Paint untuk melukis dan mewarna secara digital mengikut kreativiti beliau sendiri.

Klik Di Sini Untuk Gambar