Tarikh   : 16 Ogos 2020

Masa     : 09:00 - 16.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Usahawan Tempatan

Tujuan:

Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk mengukuhkan lagi pusat internet sebagai Pusat Latihan Keusahawanan di samping membantu para usahawan menggunakan internet sebagai platform untuk berniaga dan meluaskan lagi pasaran produk mereka untuk menambahkan pendapatan. Selain itu, kursus ini diadakan bagi memperkenalkan kepada para usahawan tentang platform shopee shop untuk menjual produk mereka secara atas talian sahaja. Walaupun kebanyakan daripada komuniti biasa menggunakan aplikasi shopee untuk membeli, tetapi mereka tidak pernah menggunakan aplikasi tersebut untuk menjual.

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk Aspirasi Digital dan Penipuan Kewangan. Kemudian, para peserta dikenalkan dengan aplikasi shopee. Para peserta di ajar cara log masuk ke akaun shopee bagi yang dah ada akaun shopee, dan di ajar cara membuat akaun yang baru bagi yang belum ada akaun shopee. Setelah itu, para peserta di ajar cara menyediakan kedai di shopee berdasarkan modul yang telah diberikan kepada peserta. Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung hingga ke petang.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Tarikh   : 15 Ogos 2020

Tarikh   : 10 Ogos 2020

Masa     : 14:00 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Wanita

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan wanita tentang penggunaan teknologi digital masa kini. Peserta membuat pembaharuan lesen CIDB beliau melalui atas talian sahaja kerana memenuhi syarat SOP pada masa ini dengan membuat pembaharuan di atas talian, bukan di kaunter. Beliau kemudian melayari laman web yang diberikan oleh pihak CIDB dan mengisi maklumat yang diminta dengan bantuan dan pemantauan petugas. Maklumat atau sijil yang disertakan hendaklah di imbas dahulu sebelum dimuatnaik ke laman seb tersebut. Setelah selesai, peserta dikehendaki membayar melalui online banking.

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada peserta. Peserta dinasihatkan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak boleh dipercayai. Beliau dinasihatkan untuk berhati-hati dalam menekan mana-mana link pop up yang keluar tatkala beliau sedang melayari laman web CIDB tersebut. Beliau kemudian dipantau ketika membuat pengisian maklumat secara atas talian.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Tarikh   : 11 Ogos 2020

Masa     : 09:00 - 11.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Lelaki

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar peserta tentang penggunaan Microsoft Office Word dalam membuat Kertas Kerja Perniagaan beliau. Beliau di ajar cara menggunakan perlabagi jenis format tulisan yang disediakan dalam perisian MS Office Word. Kemudian, beliau di ajar cara menukar tulisan dan bentuk tulisan serta warna sehingga menepati cita rasa beliau. Pengetahuan yang asas dalam MS Office Word pada masa kini amat penting kerana kebanyak urusan kita pada hari memerlukannya.

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pesreta mengenai internet dan anda. Peserta kemudian di ajar membuka perisian MS Office Word dan mengatur setting kertas yang beliau hendak gunakan. Kemudian, peserta di ajar cara memulakan tulisan menaip beliau seperti yang inginkan. Peserta kemudian membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Tarikh   : 8 Ogos 2020

Masa     : 14:00 - 17.00

Lokasi   : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah cara untuk menonton video yang berfaedah di Youtube. Mulanya di ajar cara menggunakan browser Google Chrome dan memperkenalkan beliau tentang penggunaan browser tersebut. Kemudian beliau di ajar mencari dan menaip perkataan Youtube di tab carian browser tersebut. Pelajar kemudian di ajar cara mencari sesuatu video yang beliau ingin lihat. Para pelajar sekolah pada masa kini kebanyakannya lebih suka belajar melalui video tentang sesuatu pengetahuan yang mereka ingi ceburi.

Aktiviti:

Pelajar pada mulanya dikenalkan dengan ringkas mengenai KDB berkaitan Penggunaan Internet dan Maklumat Palsu. Hal ini kerana, walaupun di Youtube banyak video berkaitan pelajaran, tidak kurang juga video yang memberikan maklumat yang tidak betul dan mendatangkan kesan buruk terhadap kanak-kanak. Oleh yang demikian, pelajar di ajar supaya berhati-hati dalam memilih video yang ingin ditonton dan dapatkan bantuan dan pengawasan orang dewasa ketika menonton video.

Klik Di Sini Untuk Gambar