Tarikh       : 10 Jun 2021

Masa         : Sepanjang Hari

Lokasi       : FB Page Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Komuniti Setempat

 

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan komuniti setempat dengan kesedaran program Klik Dengan Bijak walaupun dalam situasi pandemik dan dalam keadaan perintah kawalan pergerakan. Permainan menjawab soalan dengan menggerakkan maze ke arah jawapan yang betul. Ini untuk menguji pengetahuan komuniti setempat mengenai aspek-aspek di dalam program Klik Dengan Bijak. Di samping itu, komuniti juga dapat mengisi masa mereka yang terluang.

 

Aktiviti:

Aktiviti adalah permainan mencari jawapan yang betul sebelum dikejar oleh raksasa. Permainan ini berbentuk visual dan menarik minat komuniti segenap usia untuk menyertai permainan ini. Semua peserta yang bermain permainan ini hendaklah memasukkan nama penuh mereka terlebih dahulu untuk memudahkan petugas merekod penglibatan mereka.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 9 Jun 2021

Masa         : Sepanjang Hari

Lokasi       : FB Page Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Komuniti Setempat

 

Tujuan:

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan komuniti setempat dengan kesedaran program Klik Dengan Bijak walaupun dalam situasi pandemik dan dalam perintah kawalan pergerakan. Game mencari perkataan dalam word puzzle ini dapat menguji ketangkasan mata peserta di samping mengisi masa mereka apabila duduk di rumah.

 

Aktiviti:

Aktiviti adalah permainan mencari perkataan di word puzzle secara atas talian. Permainan yang direka di laman web wordwall itu sesuai untuk semua peringk umur dan tahap kesusahan permainan juga sesuai untuk peringkat umur. Semua peserta yang bermain permainan ini hendaklah memasukkan nama penuh mereka terlebih dahulu untuk memudahkan petugas merekod penglibatan mereka di sistem CMS.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 17 Mei 2021

Masa         : 08.30 - 12.30

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan internet untuk menonton video di Youtube. Pelajar di ajar cara mencari video yang mereka suka di Youtube. Youtube sangat penting pada masa kini kerana banyak topik pembelajaran boleh dicari di Youtube.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. kemuidan aktiviti diteruskan dengan mengajar pelajar membuka Google Chrome search engine dan mengajar beliau macam mana nak cari laman web Youtube, pelajar menaip sendiri tajuk video kesukaannya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : Mei 2021

Masa         : Pagi/Petang

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

 

Tujuan:

Kelas eTuisyen anjuran MSD Digital Intelligence ini bertujuan memberikan kemudahan kepada komuniti setempat terutamanya golongan pelajar untuk mendapatkan pembelajaran secara extra daripada guru tuisyen luar yang professional. Ini kerana, akibat pandemik, pelajar banyak ketinggalan topik-topik tertentu yang mungkin diadakan secara PDPR dan menyukarkan mereka untuk mengadaptasi pembelajaran topik tersebut.

 

Aktiviti:

Pelajar menyertai kelas untuk subjek yang dipilih secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Petugas menyedia segala kelengkapan yang diperlukan sebelum kelas bermula.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 27 April 2021

Masa         : 14.00 - 16.30

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan internet untuk menonton video di Youtube. Pelajar di ajar cara mencari video yang mereka suka di Youtube. Youtube sangat penting pada masa kini kerana banyak topk pembelajaran boleh dicari di Youtube.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian aktiviti diteruskan dengan mengajar pelajar membuka Google Chrome search engine dan mengajar beliau macam mana nak cari laman web Youtube. Setelah tiba di laman web Youtube, pelajar menaip sendiri tajuk video kesukaannya.

Klik Di Sini Untuk Gambar