Tarikh       : 22 Disember 2020

Masa         : 14:00 - 17.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendidik anak-anak agar bijak mengira dan menyelesaikan masalah Matematik yang simple. Kuiz ini dilangsungkan di atas talian di laman web Math Games. Di samping dapat meningkatkan kemahiran mengira anak-anak, anak-anak juga tidak bosan memandangkan kuiz ini dalam unsur game yang mudah difahami anak anak di semua peringkat umur.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar. Pelajar kemudian di ajar membuka laman web Math Games dan memilih jenis permainan kuiz yang beliau suka. Kemudian pelajar menjawab soalan soalan yang disoal kepada beliau sambil bermain permainan tersebut. Walaupun berunsur game online, permainan ini dapat mengasahkan lagi kemahiran congak matematik anak-anak.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 21 Disember 2020

Masa         : 09:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah melukis dan mewarna dengan menggunakan aplikasi Paint. Paint adalah aplikasi yang memang sedia ada dlaam setiap komputer. Walaupun aplikasi yang agak lamak, Paint masih relevan untuk digunakan sebagai pengetahuan asas melukis dan mewarna digital kepada kanak-kanak.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas. Pelajar kemudian di ajar cara membuka aplikasi paint dan memulakan lukisan mereka. Mereka di ajar cara memasukkan bentuk bentuk yang mereka suka dan seterusnya di ajar mewarna mengikut warna yang diingini. Peserta membuat sendiri dnegan pemantauan dan tunjuk ajar dari petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

Tarikh       : 14 Disember 2020

Masa         : 09:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah rendah asas menaip menggunakan komputer dengan aplikasi Microsoft Office Word. Pelajar di ajar cara menggunakan fungsi fungsi papan kekunci semasa menaip. Kemahiran menaip adalah sangat penting pada masa kini. Walaupun hanya ada kemahiran asas, yang asas itu akan berkembang dari semasa ke semasa bila rajin belajar.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan memperkenalkan komputer dan bahagian-bahagian nya kepada pelajar. Kemudian, pelajar diperkenalkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di papan kekunci apabila digunakan untuk menaip. Pelajar kemudian di beri satu teks untuk di taip semula. Kemudian mereka menaip dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 17 Disember 2020

Masa         : 09:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar wanita bekerja membuat kerja beliau menggunakan MS Office Word. Beliau membuat laporan kerja beliau menggunakan MS Office Word dengan template yang sedia ada. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas dengan peserta. Kemudian peserta di ajar cara membuka dokumen di dalam pendrive dan mengedit dokumen tersebut mengikut maklumat yang perlu di isi. Peserta membuat sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar dari petugas. Setelah siap, peserta mencetak dokumen beliau untuk simpanan ke dalam fail.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 5 - 6 Disember 2020

Masa         : 09:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah tentang salah satu kebaikan dan fungsi menonton video di Youtube. Pelajar di ajar cara mencari video membuat origami mereka sukai di Youtube kemudian mereka disediakan kertas warna dan membuat origami mengikut cara yang doitunjukkan di video di Youtube. Mereka membuat sendiri dan dipantau oleh petugas.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada pelajar. Kemudian pelajar di ajar cara membuka laman web Youtube dan mencari video origami yang mereka sukai. Kemudian mereka disuruh mengikut cara-cara yang ditunjukkan untuk mencipta origami tersebut. Pelajar membuat sendiri dengan pantauan dan tunjuk ajar dari petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar