Tarikh       : 20 Oktober 2020

Masa         : 14:00 - 17.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan internet untuk menonton video di Youtube. Pelajar di ajar cara mencari video yang mereka suka di Youtube. Youtube sangat penting pada masa kini kerana banyak yopik pembelajaran boleh dicari di Youtube.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian aktiviti diteruskan dengan mengajar pelajar membuka Google Chrome search engine dan mengajar belaiu macam mana nak cari laman web Youtube. Setelah tiba di laman web Youtube, pelajar menaip sendiri tajuk video kesukaan nya.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 16 Oktober 2020

Masa         : 14:30 - 17.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar mengatur tetapan di kedai shopee beliau. Beliau juga diajar cara menambah produk jualan untuk kedai shopee beliau. Menjadi pembeli di shopee adalah perkara biasa, tetapi menjadi penjual di Shopee adalah perkara yang luar biasa. Disamping mendidik jiwa berbisnes dalam diri remaja, kelas ini juga mendedahkan beliau dengan kepentingan internet jalur lebar masa kini dalam sektor ekonomi.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian pelajar diajar cara log masuk ke akaun shopee di komputer yang beliau gunakan. Pelajar kemudian di ajar cara mengatur tetapan akaun shopee beliau sekaligus mengajar beliau menambah produk jualan di kedai shopee beliau. Pelajar kemudian belajar membuat sendiri dengan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 1 Oktober 2020

Masa         : 16:00 - 17.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan untuk mengenalkan dan mendedahkan para pelajar tentang kebaikan yang diperolehi dengan melayari Youtube. Walaupun hanya menonton video, pelbagai ilmu pengetahuan am yang boleh kita perolehi di Youtube dengan menonton video dan mengikuti channel yang memberikan manfaat. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada para pelajar. Pelajar kemudian diajar cara melayari Youtube dengan menggunakan pelayar Google Chrome. Sekiranya para pelajar sudah ada mempunyai akaun Google, pelajar boleh log masuk ke akaun mereka. Jika tiada, mereka boleh melayari Youtube seperti biasa.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 5-6 Oktober 2020

Masa         : 14:00 - 16.30

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 menggunakan MS Office Word untuk membuat kerja kursus Geografi mereka. Pelajar di ajar cara menaip mengikut format yang telah ditetapkan oleh guru mereka.

 

Aktiviti:

Pelajar pada mulanya diterangkan dengan KDB Talk secara ringkas. Kemudian pelajar di ajar cara membuka MS Office Word dan diajar cara menaip dan membuat kerja kursus mereka mengikut apa yang telah mereka rangkakan.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 1 Oktober 2020

Masa         : 14:00 - 16.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para pelajar betapa opentingnya kemahiran menaip pada masa kini. Dengan adanya kemahiran menaip, para pelajar mudah untuk membuat kerja sekolah mereka sekaligu memudahkan mereka melayari dan menggunakan kemudahan internet yanga ada.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada para pelajar. Kemudian, pelajar di ajar menaip menggunakan MS Office Word dengan membuat kerja kursus mereka masing-masing. Pelajar membuat sendiri kerja mereka dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar