Tarikh : 15 Mac 2021 Masa : 10.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : OKU |
Tujuan :
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar yang berkelainan upaya untuk mencari gambar di Google Seacrh Engine. Beliau mencari gambar yang bekaitan dengan beliau kemudian beliau juga diajar cara menggunakan WhatsApp Web untuk menghantar gambar tersebut kepada petugas untuk dicetak.
Aktiviti :
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas oleh petugas. Kemudian kelas bermula dan beliau diajar cara mencari gambar di Google Search Engine dan memuat turun gambar tersebut. Kemudian beliau diajar cara menggunakan WhatsApp Web untuk menghantar gambar tersebut kepada petugas untuk dicetak, memandangkan beliau tidak mempunyai pendrive.
Tarikh : 13-14 Mac 2021 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah membuat poster digital menggunakan aplikasi CANVA. Pelajar diajar sign in ke akaun CANVA menggunakan emel beliau. Kemudian pelajar diajar untuk sketch/draf poster dahulu di kertas sebelum membuat poster tesebut di aplikasi CANVA. Aplikasi CANVA mudah digunakan untuk setiap generasi.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian pelajar diajar cara log masuk ke akaun CANVA. Pelajar kemudian diajar memilih template yang hendak digunakan dan menmuat naik / memuat turun gamba yang beliau inginkan untuk membuat poster. Kemudian beliau mereka poster beliau dan setelah siap beliau menyimpan poster beliau dan menghantar poster.
Tarikh : 18 Februari 2021 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para wanita menggunakan website iaitu WhatSapp Web dan HRMIS. Mereka kemudian diajar cara mengambil dokumen dan memuat turun dokumen dalam WhatsApp Web mereka. Kemudian, mereka membuat dan mengemaskini dokumen mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas. Kemudian peserta kelas di ajar cara membuka laman web yang berkaitan dan mengemaskini maklumat yang telah mereka muat turun. Mereka membuat sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 19 Februari 2021 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar para wanita menggunakan MS Office Word dan MS Office Excel untuk membuat kerja mereka. Mereka di ajar cara membuat kerja mereka menggunakan aplikasi MS Office Word dan MS Office Excel. Kedua dua aplikasi tersebut sangat-sangat berguna pada masa kini tidak kira untuk kerja formal mahupun tidak formal.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas. Para peserta kemudiannya membuat sendiri kerja mereka dengan pemantauan dan tunjuk ajar dari petugas.
Tarikh : 1-3 Februari 2021 Masa : 10.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar para wanita yang berkerjaya di bawah kerajaan mengemaskini HRMIS mereka. Mereka menerima arahan dari golongan atasan untuk mengemaskini HRMIS mereka pada tarikh yang telah ditetapkan dan seterusnya menghantar maklumat yang telah dikemaskini untuk pengesahan orang atasan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada para peserta. Kemudian para peserta kelas di ajar cara log masuk ke akaun HRMIS mereka dan seterusnya membuka bahagian yang perlu mereka kemaskini. Mereka kemudian mengisi maklumat yang perlu mengikut maklumat masing-masing. Kemudian mereka menghantar maklumayt yang dikemaskini itu kepada penyelia mereka untuk diberi pengesahan.