Tarikh : 19 - 20 November 2020 Masa : 09:00 - 12.00 dan 14.30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan para wanita yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dalam membuat tugasan mereka menggunakan MS Office Excel. Mereka diajar cara mengeluarkan dokumen tersebut dari file WhatsApp dan kemudian mengisi maklumat yang diperlukan dalam dokumen excel tersebut. Mereka diajar cara ringkas untuk menyalin dan tampal maklumat sama yang berulang.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Talk ringkas. Peserta kemudian diajar cara mengeluarkan dokumen yang perlu diedit dari file whatsApp. Kemudian, peserta menambah maklumat yang diperlukan dalam dokumen tersebut. Setelah selesai, peserta dikehendakai menghantar semula dokumen yang telah dikemaskini kepada penyelia mereka.
Tarikh : 17 November 2020 Masa : 09:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Usahawan Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan usahawan wanita tentang pentingnya membuat business profile pada masa kini. Usahawan juga diajar cara menaip menggunakan MS Office Word dan menambah baik template business profile yang sedia ada mengikut maklumat perniagaan beliau. Business profile ini penting untuk usahawan kerana ianya menunjukkan yang usahawan benar benar serius menjalankan perniagaan beliau.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Peserta kemudian diajar cara menaip menggunakan MS Office Word dan membuat Business Profile beliau menggunakan Template yang telah disediakan. Peserta membuat sendiri dengan bantuan dan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 5 November 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengasahkan lagi kemahiran pelajar sekolah menengah dalam menggunakan MS Office Word untuk membuat kerja sekolah mereka. Mereka diajar cara menggunakan aplikasi lain yang ada di MS Office Word selain dari ynag biasa mereka gunakan. Kemahiran menggunakan MS Office Word ini sangat bagus untuk kegunaan mereka pada masa akan kini dan akan datang.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian pelajar meneruskan kelas beliau dengan membuka MS Office Word di komputer. Beliau mula menaip kerja beliau dan beliau diajar dan dipantau oleh petugas dari semasa ke semasa.
Tarikh : 6 November 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah dengan penggunaan interent untuk menonton video di Youtube. Pelajar diajar cara mencari video yang mereka suka di laman web Youtube. Youtube sangat penting pada masa kini kerana banyak topik pembelajaran boleh dicari di Youtube.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas kepada pelajar. Kemudian aktiviti diteruskan dengan mengajar membuka Google Chrome search engine dan mengajar beliau macam mana nak cari laman web Youtube. Setelah tiba di laman we Youtube, pelajar menaip sendiri tajuk video kesukaan nya.
Tarikh : 21 Oktober 2020 Masa : 09:00 - 13.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membantu kakitangan kerajaan KEMAS wanita yang dipertengahan usia untuk mengemaskini maklumat mereka di HEMIS selari dengan apa yang telah mereka sertai sepanjang tahun 2020 ini.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk ringkas. Kemudian para wanita bekerjaya tersebut di ajar membuka laman web HRMIS dan seterusnya log masuk menggunakan id dan kata laluan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka kemudian diajar sedikit cara untuk mengemaskini HRMIS mereka dan mereka melakukannya sendiri dengan pemantauan dan bantuan petugas.