Tarikh : 8 September 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengasahkan lagi kemahiran pelajar dalam menyunting imej khasnya poster dengan menggunakan aplikasi atas talian iaitu CANVA. Beliau di ajar cara menggunakan segala format yang telah disediakan dalam perisian tersebut.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Talk ringkas. Kemudian pelajar diterangkan tentang cara log masuk ke dalam laman web CANVA dengan menggunakan e-mel yang telah dibuat pada minggu yang sebelumnya. Pelajar menjelajah sendiri penggunaan aplikasi tersebut dengan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 7 September 2020 Masa : 10:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar belia dalam pengurusan e-mel yang betul sekaligus memantau mereka membuat permohonan secara atas talian. Setiap dokumen yang dimuatnaik perlulah mengikut apa yang dikehendaki dan diminta oleh laman web tersebut akan tetapi mereka juga perlu berhati-hati agar laman web yang mereka gunakan untuk pengisian atas talian tersebut sah agar maklumat peribadi mereka tidak bocor.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas. Aktiviti diteruskan dengan penerangan secara ringkas mengenai pengurusan e-mel yang betul. Kemudian, peserta membuat sendiri kerja mereka dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 30 Ogos 2020 Masa : 14:00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar sekolah menengah Tingkatan 6 Semester 1 membuat kerja skeolah beliau menggunakan MS Office Powerpoint untuk pembentanagn. Beliau dia jar cara menggunakan Smart Art yang telah sedia ada dalam perisian MS Powerpoint untuk mencantikkan lagi kerja beliau.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk kepada para pelajar. Kemudian para pelajar di ajar cara memulakan sesuatu pembentangan kerja sekolah menggunakan MS Office Powerpoint. Pelajar diajar cara menggunakan Smart Art yang sedia ada dalam MS Powerpoint untuk mencantikkan lagi pembentangan beliau. Pelajar membuat kerja beliau sendiri dnegan bantuan dan pemantauan daripada petugas.
Tarikh : 29 Ogos 2020 Masa : 10:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Peserta Pertandingan Video Kraftangan Merdeka Jemputan : Ayahanda Penghulu Tuan Haji Salleh bin Haji Kemis, KApitan Teo Thuan Then, Ustaz Dahari bin Haji Jolhi |
Tujuan:
Majlis ini adalah bertujuan untuk meraikan peserta-peserta yang menyertai pertandingan Video Kraftangan Merdeka Pusat Internet Sadong Jaya 2020 atas usaha dan kesudian mereka untuk menyertai pertandingan ini. Pertandingan Video Kraftangan Merdeka dijalan secara atas talian dengan memuat turun video menghasilkan kraftangan para peserta di Facebook Page Pusat Internet Sadong Jaya. Video yang mendapat LIKES terbanyak adalah pemenang dan begitulah seterusnya. Pertandingan yang berlangsung bermula 1 Ogos 2020 sehingga 26 Ogos 2020 itu secara tidak langsung memeriahkan Facebook PAge Pusat Internet Sadong Jaya sekaligus mempromosikan kewujudan Pusat Internet di kawasan Sadong Jaya.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Dahari bin Haji Jolhi. Acara diteruskan dengan ucapan ringkas Pengurus Pusat Interenet Sadong Jaya sekaligus penerangan ringaks mengenai Program KDB berkaitan dengan Mobile eWaste. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan aluan oleh Ayahanda Penghulu Tuan Haji Salleh bin Haji Kemis dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para peserta. Majlis diakhiri dengan pameran produk haisl kraftangan para peserta dan jamuan makan tengahhari.
Tarikh : 30 Ogos 2020 Masa : 09:00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan:
Kursus ini bertujuan mendedahkan para pelajar tentang penghasilan poster secara digital atas talian. Sebeluam membuka aplikasi CANVA, para pesreta harus memiliki akaun emel masing-masing terlebih dahulu. PAra pelajar di ajar cara menghasilkan poster yang menarik berdasarkan tema yang telah diberikan iaitu Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital. Para pelajar juga di ajar cara menghasilkan poster menggunakan aplikasi lain seperti Adobe Photoshop. Tujuan utama penghasilan poster ini adalah untuk menggalakkan para pelajar menyertai paertandingan poster kreatif yang dianjurkan oleh Pusat Internet di bawah pengelolaan MSD Digital Intelligence SDN BHD antara peringkat negeri.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk mengenai cyber bully kepada para pelajar. Kemudian para pelajar di ajar cara membuat akuan emel melalui google account. Setelah memiliki akaun emel masing-masing, barulah para pelajar diajar cara daftar ke aplikasi CANVA untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam penghasilan poster kreatif.