Tarikh : 3 Ogos 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mengajar dan memperkasakan lagi kemahiran menggunakan internet dalam kalangan belia. Penggunaan emel telah menjadi suatu kepentingan di zaman sekarang. Setiap daripada kita khususnya yang memiliki alatan teknologi seperti telefon misalnya haruslah memiliki satu emel. Dalam kelas ini, pelajar diajar cara log masuk ke emel gmail beliau menggunakan komputer. Dan kemudian mencari emel inbox yang beliau perlukan. Setelah selesai segala urusan beliau, beliau diingatkan agar tidak lupa untuk log keluar dari akaun gmail tersebut sekaligus keluar dari akaun google agar maklumat peribadi beliau snetiasa terpelihara dan selamat.
Aktiviti:
Kelas ini diselitkan juga dengan aktiviti KDB dengan taklimat dan nasihat ringkas berkaitan Maklumat Palsu dan Scam. Banyak orang yang tidak bertanggungjawab di zaman sekarang menghantar pelbagai jenis emel scam kepada kita. Jika kita terpedaya, kitak akan mudah membuka emel yang mereka hantarkan sekaligus kita telah masuk dalam permaiann mereka. Oleh yang demikian, pelajar di ajar untuk tidak membuka sebarang emel yang dihantar kepada beliau jika tidak pasti siapakan yang menghantarnya. Kelas diteruskan dengan mengajar beliau cara pengurusan emel dengan betul.
Tarikh : 19 Julai 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan memperkenalkan dengan pelajar sekolah rendah dan menengah tentang asas menaip dengan menggunakan perisian MS Office Word. Pelajar diajar cara menggunakan fungsi asas butang di papan kekunci komputer. Pengetahuan menaip sangat penting bagi pelajar pada masa kini kerana ada sebahagian kerja sekolah mereka perlu ditaip dengan kemas.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB talk mengenai Teknologi dan Anda kepada para peserta. Kemudian mereka diajar cara membuka new dokumen di MS Office Word dan memulakan menaip mengikut helaian kertas yang telah diedarkan kepada mereka. Sambil menaip mereka diajar cara membesarkan dan mengecilkan tulisan. Setelah selesai menaip, mereka diberikan hadiah ganjaran atas kerajinan mereka menyertai kelas menaip Pusat Internet Sadong Jaya.
Tarikh : 8 Julai 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Lepasan Sekolah (SPM) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelajar lepasan SPM mengisi permohonan online untuk menyambung pelajaran mereka. Mereka memilih untuk memohon (membuat rayuan) untuk memasuki Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana mereka berminat dan bercita-cita untuk menjadi guru yang mendidik anak bangsa suatu masa nanti. Di era teknologi kini, kebanyakan daripada permohonan dibuat secara atas talian dan atas sebab talian internet agak lambat dirumah mereka, mereka memilih untuk ke Pusat Internet Sadong Jaya untuk mengisi permohonan tersebut sekaligus dapat meminta tunjuk ajar daripada petugas.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas mengenai Aspirasi Digital. Kemudian seperti biasa peserta di suruh log masuk ke sistem CMS untuk menggunakan komputer. Peserta kemudiannya di ajar pergi ke laman web yang sepatutnya dan mengisi segala butiran yang diperlukan. Setelah selesai dan menyemak segala butiran yang di isi, peserta kemudian menghantar permohonan mereka. Setelah itu, mereka secara ringkas belajar mengenai pengisian dalam talian yang lain seperti SPA, eRecruitment, JobsMalaysia dan sebagainya.
Tarikh : 18 Julai 2020 Masa : 08.30 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para wanita yang berkerjaya yang menyambung smeula pengajian mereka. Disebabkan pandemik COVID19, kelas di institut pengajian tinggi berjalan secara atas talian dan menggunakan aplikasi yang popular iaitu Google Meet. Walaupun pada asasnya Google Meet adalah aplikasi yang lama, tetapi kebanyakkan komuniti diluar sana belum mengenali fungsi dan cara penggunaan Google Meet. Oleh itu, kelas ini mengajar mereka para wanita menggunakan aplikasi ini sekaligus mereka dapat mengikuti kelas mereka dengan internet yang baik.
Aktiviti:
Aktiviti diselitkan dengan KDB Talk ringkas kepada peserta. Peserta kemudiannya diajar cara logmasuk ke google account (Gmail), dan seterunya menekan link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka untuk menyertai kelas online tersbeut. Setelah berjaya masuk dan faham langkah-langkah yang perlu untuk menggunakan Google Meet, mereka seterusnya melaksanakan kelas mereka secara atas talian dengan pemantauan dan tunujuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 7 Julai 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan belia dengan asas penggunaan Microsoft Office Word dalam menaip surat rasmi. Beliau di ajar cara menaip surat rasmi yang betul dengan format yang betul. Beliau di ajar fungsi setiap satu butang yang ada keyboard. Ilmu pengetahuan mengenai asas Microsoft Office Word sangat penting dalam dunia digital masa kini.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas mengenai Teknologi dan Anda kepada peserta. Kemudian peserta di ajar cara log masuk ke akaun cms dengan menggunakan no ic yang telah didaftarkan sebagai ahli. Peserta kemudian di ajar cara membuka perisian Microsoft Office Word di komputer yang beliau gunakan dan seterusnya memulakan menaip surat yang beliau kehendaki. Setelah siap menaip dengan tunjuk ajar dan pemantauan petugas, peserta kemudian mencetak surat tersebut untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan.