Tarikh : 5 Mac 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Lepasan Pelajar Sekolah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para belia lepasan sekolah yang baru menerima keputusan SPM mereka untuk mengisi permohonan kerja secara online iaitu SPA8i. Permohonan secara online lebih memudahkan para belia mencari kerja secara jarak jauh.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan memastikan setiap daripada mereka mempunyai alamat emel yang sah supaya segala apa yang berkaitan dengan akaun SPA8i mudah diselesaikan nanti. Setelah itu, mereka diajar cara membuat pendaftaran akaun SPA8i dan kemudian mengisi segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, mereka dinasihatkan supaya sentiasa membuat kemaskini akaun mereka agar jika ada kekosongan jawatan yang sepadan dengan kelayakan mereka, mereka akan tersenarai dalam calon pemilihan untuk ujian online.
Tarikh : 5 Mac 2020 Masa : 10.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelatih PDK Sadong Jaya (OKU) |
Tujuan:
Aktiviti ini bertujuan untuk mendedahkan pelatih PDK Sadong Jaya dengan aktiviti Klik Dengan Bijak agar mereka faham tentang apa kebaikan dan keburukan melayari internet. Mereka kemudian dihadiahkan tayangan movie sebagai aktiviti tambahan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas dan padat dan mudah difahami oleh golongan OKU. Setelah itu, mereka dihadiahkan tayangan movie dan ditonton bersama-sama.
Tarikh : 27 Februari 2020 Masa : 02.00 - 05.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan penggunaan internet yang betul dan tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau video yang mereka tonton melalui internet. Mereka juga di ajar agar menonton perkara yang berfaedah di Youtube di samping menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran mereka.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk berkenaan dengan maklumat palsu. Para pelajar kemudian diajar cara membuka laman web Youtube dan seterusnya diajar mencari video yang mendatang faedah untuk ditonton. Para pelajar dinasihatkan untuk tidak menonton dan membuka mana-mana video yang mengandungi keganasan serta seksualiti agar mereka tidak terpedaya dan terikut-ikut.
Tarikh : 28 Februari 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Masa : 02.00 - 05.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan membantu kakitangan kerajaan KEMAS wanita yang dipertengahan usia mengemaskini sasaran kerja tahunan mereka supaya selari dengan apa yang dirancang untuk tahun 2020 ini.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan pendedahan dan KDB Talk ringkas. Kemudian para wanita bekerjaya tersebut di ajar membuka laman web HRMIS dan seterusnya log masuk menggunakan id dan kata laluan yang telah diberikan kepada mereka. Mereka kemudian diajar sedikit cara untuk mengemaskini HRMIS mereka dan mereka melakukannya sendiri dengan pemantauan dan bantuan petugas.
Tarikh : 24 Februari 2020 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : OKU (Pelatih PDK Sadong Jaya) |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar pelatih PDK Sadong Jaya yang berkelainan upaya untuk melayari video di interenet di laman web Youtube. Pelajar diajar cara membuka laman web Youtube di Google. Hal ini supaya apabila beliau ingin ke Pusat Interenet beliau boleh melihat video sendiri tanpa bertanyakan petugas lagi seperti sebelum ini.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan KDB Talk ringkas berkenaan penjagaan komputer serta teknologi dan anda kepada pelajar. Kemudian pelajar di ajar membuka Google Chrome di komputer dan menaip Youtube. Kemudian beliau di ajar membuka laman web Youtube dan seterusnya mengajar beliau menaip tajuk video yang beliau ingin lihat. Pelajar semakin bijak menggunakan Youtube dan mengawal suara video supaya bersesuaian dengan tahap pendengaran beliau.