Tarikh : 27 Jun 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan dengan para wanita (Guru KAFA) yang menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi dengan aplikasi Google Meet, aplikasi yang digunakan pada masa untuk pembelajaran dan pengajaran jarak jauh. Mereka menggunakan aplikasi Google Meet untuk kelas Online mereka menggunakan khidmat komputer di Pusat Internet dan menggunakan telefon pintar masing-masing.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan log masuk ke Google Account. Kemudian pelajar membuka WhatsApp Web (bagi yang menggunakan komputer) dan membuka link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Pelajar kemudian terus ke aplikasi Google Meet dan mengikut langkah-langkah yang seterusnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 27 Jun 2020 Masa : 09.00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan belia tentang permohonan kerja secara atas talian pada masa kini. Beliau juga dikenalkan dengan Page Facebook Pusat Internet Sadong Jaya kerana di Page tersebut selalu mengemaskini status jawatan kosong yang ada mengikut masa yang ditetapkan. Beliau juga diajar cara memuatnaik dikumen yang diperlukan untuk permohonan kerja tersebut.
Aktiviti:
Kelas dimulakan dengan log masuk ke Google Account. Kemudian pelajar membuka WhatsApp Web (bagi yang menggunakan komputer) dan membuka link yang telah diberikan oleh pensyarah mereka. Pelajar kemudian terus ke aplikasi Google Meet dan mengikut langkah-langkah yang seterusnya dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 14 Mac 2020 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar dengan pendekatan Klik Dengan Bijak sekaligus mengajar mereka menggunakan interent ke arah kebaikan. Pelajar di ajar cara melayari Youtube (basic function of internet) dan memperkenalkan mereka dengan sukan masa kini iaitu eSport. Walaubagaimanapun, mereka dinasihatkan supaya tidak terlalu terpengaruh dengan teknolohi masa kini dan sentiasa bijak membahagikan masa dengan kerja sekolah dan sukan rekreasi yang mengeluarkan peluh.
Aktiviti:
Pelajar diberikan taklimat ringkas berkenaan Klik Dengan Bijak. Mereka juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan agar dapat mencegah diri mereka dari virus COVID-19 yang semakin menular. Mereka kemudian diajar melayari internet dan menonton video di youtube sekaligus memperkenalkan mereka dengan sukan online atau eSport.
Tarikh : 14 Mac 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar wanita bekerjaya menggunakan WhatsApp Web untuk memudahkan urusan kerja mereka. Di samping itu, mereka juga mengulangkaji pelajaran mengenai MS Office Word kerana usia yang semakin meningkat menyebabkan mereka lupa akan fungsi fungsi yang berkaitan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan mengajar mereka membuka Google Chrome dan melayari whatsapp web. Mereka diajar cara memuat turun dokumen yang telah dihantar oleh rakan dan atasan mereka untuk diedit dan dihantar semula pada hari yang sama. Dengan menggunakan aplikasi tersebut, kerja mereka semakin mudah dan mereka dapat menghantar dokumen tersebut pada waktu yang ditetapkan.
Tarikh : 11 Mac 2020 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar sekolah rendah tentang ePembelajaran dan eSport yang menjadi sebahagian minat generasi z masa kini. Walaupun pada hakikatnya, ePembelajaran dan eSport dipandang negatif oleh segelintir masyarakat, tapi dua aktiviti ini sebenarnya ada faedahnya. ePembelajaran adalah satu platform untuk pelajar belajar sambil bermain, dan eSport pula adalah satu platform bermain secara indoor atau atas talian. Dengan mengikuti aktiviti seperti ini, pelajar dapat mengasahkan lagi minda mereka untuk berfikir sesuatu strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Aktiviti:
Pelajar pada mulanya diberikan taklimat ringkas berkenaan KDB Talk. Kemudian pelajar diajar cara membuat pencarian di Google Search engine. Mereka kemudian melayari game online dan dipantau. Walaupbagaimanapun, mereka diberikan masa yang sewajarnya agar mereka tidak terlalu membuang masa dengan bermain. Di samping itu, mereka juga diajar membuka laman web yang berobjektifkan bermain sambil belajar seperti Math Playground.