Tarikh       : 27 September 2020

Masa         : 10:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar tentang penggunaan lebih lanjut MS Office Word dalam menghasilkan kerja kursus STPM beliau. Dengan kemahiran yang ada dalam MS Office WOrd, beliau mampu menjadikan kerja kursus beliau sangat cantik dan kemas mengikut format yang telag disediakan.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas daripada petugas. Kemudian pelajar diajar cara menggunakan MS Office Word dengan lebih advance lagi. Dengan menggunakan MS Office Word secara advance (dengan menggunakan format insert Smart Art, insert gambar dan sebagainya), akan menampakkan kerja kursus beliau cantik dan kemas.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 22 September 2020

Masa         : 14:30 - 16.30

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Rendah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar sekolah rendah tentang pentingnya kemahiran menaip pada zaman sekarang. Dengan adanya kemahiran menaip, pelajar mudah untuk membuat kerja sekolah yang berkaitan. Asas menaip penting agar para pelajar tidak ketinggalan dengan arus kemodenan zaman teknologi.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas daripada petugas. Kemudian beliau diajar cara log masuk ke komputer yang beliau gunakan menggunakan no kad pengenalan yang telah didaftarkan di Pusat Internet. Pelajar kemudian di ajar asas menaip menggunakan MS Office Word.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 14 September 2020

Masa         : 10:00 - 12.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Belia

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan belia tentang penggunaan internet masa kini. Tanpa perlu ke kaunter, kita boleh membuat sesuatu urusan dengan hanya di hujung jari sahaja. Belia ini sedang membuat aduan di laman web jabatan tenaga kerja dan memuat turun borang yang disediakan di laman web tersebut. 

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas daripada petugas. Kemudian belia diajar cara log masuk ke komputer yang beliau gunakan menggunakan no kad pengenalan yang telah didaftarkan di Pusat Internet. Belia kemudian di ajar cara melayari laman web yang beliau kehendaki dan seterusnya membuat urusan yang beliau perlukan. Beliau dipantau oleh petugas dari semasa ke semasa.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 20 September 2020

Masa         : 14:30 - 16.30

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Wanita

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mengajar dan memantau wanita yangs edang membuat kertas cadangan untuk program persatuan wanita di Sadong Jaya. Sebagai seorang setiausaha persatuan, harus seseorang itu tahu bagaimana nak menghasilkan kertas kerja cadangan program yang baik dan kemas.

 

Aktiviti:

Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas daripada petugas. Peserta kemudian di ajar cara mengatur kertas kerja yang telah beliau sediakan dengan lebih kemas dan cantik susunannya. Kemudian beliau diajar cara mencetak terus dari komputer.

Klik Di Sini Untuk Gambar

 

 

Tarikh       : 9 September 2020

Masa         : 14:00 - 17.00

Lokasi       : Pusat Internet Sadong Jaya

Peserta     : Pelajar Sekolah Menengah

 

Tujuan:

Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan penggunaan internet yang betul. Pelajar disarankan menonton video di Youtube tetapi harus membuka video-video yang tidak menyalahkan etika dan mendatangkan manfaat kepada diri mereka. Pelajar juga didedahkan berkenaan dengan Youtube juga adalah satu tempat yang boleh menjana pendapatan.

 

Aktiviti:

Pelajar pada mulanya diterangkan dengan KDB Talk secara ringkas. Kemudian pelajar di ajar cara membuka laman web Youtube dan memilih video yang ingin dilihat diruangan seacrh. Pelajar kemudian dinasihatkan supaya tidak menonton video yang tak senonoh dan dipantau dari jauh oleh petugas.

Klik Di Sini Untuk Gambar