Tarikh : 22 Januari 2021 Masa : 14.30 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar peserta wanita mengisi permohonan untuk menggunakan perbankan atas talian untuk bank beliau. Beliau di ajar cara membuka laman web bank tersebut kemudian mengisi id dan password sementara yang telah diberikan oleh pihak bank kepada beliau. Kemudian beliau dinasihatkan untuk menyimpan id dan password baru yang telah beliau buat, dan tidak mendedahkan kata laluan tersebut kepada orang lain.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk yang berkaitan secara ringkas dengan peserta. Peserta kemudian di ajar cara membuka website yang dikehendaki di google search engine. Kemudian, peserta diajar cara mengisi maklumat yang diminta. Peserta membuat sendiri dengan pemantauan dan tunjuk ajar daripada petugas.
Tarikh : 13- 15 Januari 2021 Masa : 9:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar para wanita yang berkerjaya menggunakan Microsoft Office Word untuk membuat kerja mereka. Di samping kelas ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran menaip dan menggunakan MS Office Word dalam golongan wanita bekerja tanpa mengira usia.
Aktiviti:
AKtiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas bersama para peserta. Peserta kemudian membuka dokumen yang mereka simpan di dalam pendrive masing-masing. Kemudian mereka menambah baik laporan yang sedia ada mengikut maklumat terkini mereka. Setelah selesai membuat semua laporan, mereka menyimpan semula laporan tersebut ke dalam pendrive dan sedia untuk dicetak.
Tarikh : 9 Januari 2021 Masa : 10:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mendedahkan belia berkaitan penggunaan Microsoft Office Word. Microsoft Office Word adalah pengetahuan asas ICT / Komputer yang perlu dimiliki oleh setiap belia agar memudahkan urusan mereka terutamanya dalam urusan memohon pekerjaan. Peserta belia di ajar cara memnggunakan asas menaip menggunakan komputer berpandukan Modul Intel yang telah diberikan.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Peserta kemudiann ya di ajar cara memulakan dokumen MS Office Word dan di ajar fungsi-fungsi yang terdapat pada keyboard komputer. Kemudian peserta membuat latihan kendiri dan dipantau oleh petugas dari semasa ke semasa.
Tarikh : 10 Januari 2021 Masa : 10:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Komuniti Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan dan mengajar belia akan cara menggunakan Microsoft Office Excel yang asas. Kemahiran menggunakan MS Office Excel ini perlu dimiliki oleh setiap golongan belia untuk memudahkan urusan belajar dan kerja mereka. Dengan adanya asas kemahiran ini, peserta belia dapat mengaplikasikannya di mana sahaja walaupun di telefon bimbit.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk secara ringkas kepada peserta. Kemudian peserta belia di ajar cara memulakan dokumen Excel dan membuat data table seperti lampiran telah disertakan. Dengan data yang telah dibuat, peserta di ajar cara menghasilkan chart dari data tersbeut. Peserta membuat latihan kendiri dengan pemantauan dari semasa ke semasa oleh petugas.
Tarikh : 8 Januari 2021 Masa : 9:00 - 12.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Wanita |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan meningkatkan lagi kemahiran menggunakan MS Office Word para Wanita bekerjaya yang bekerja di sektor awam KEMAS. Kemahiran menggunakan MS Office Word perlu ada untuk setiap pekerja pejabat tidak kira usia kerana kemahiran ini diperlukan untuk membuat sebarang jenis laporan samaada laporan yang baru atau hanya menambah baik laporan sedia ada.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk ringkas bersama peserta kelas. Peserta kemudian membuka dokumen yang mereka simpan di dalam Pendrive masing-masing. Kemudian mereka menambah baik laporan yang sedia ada mengikut maklumat terkini mereka. Setelah selesai membuat semua laporan, mereka menyimpan semula laporan tersebut ke dalam pendrive dan sedia untuk dicetak.