Tarikh : 22 September 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mengajar dan mengenalkan dengan pelajar sekolah rendah akan cara menggunakan carian Google di browser Google Chrome. Hal ini agar pelajar tahu akan cara mencari bahan rujukan atau video yang bermanafaat di internet.
Aktiviti:
Pelajar di ajar cara membuka laman wen Youtube di Google Seacrh Engine. Pelajar kemudian diajar menaip tajuk video yang digemari di tab search di halaman Youtube. Kemudian, pelajar di ajar cara membesarkan skrin dan mengawal suara agar tidak mengganggu pengguna yang lain
Tarikh : 10 September 2019 Masa : 14.00 - 17.00 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar Sekolah Rendah & Menengah |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dengan pelajar sekolah menengah dan pelajar sekolah rendah tentang program Klik Dengan Bijak (KDB). Petugas memilih tajuk Teknologi dan Anda serta Maklumat Palsu sebagai pendedahan awal kepada mereka. Disamping itu, mereka juga diajar cara mencari video yang mereka suka tetapi bermanfaat di YouTube.
Aktiviti:
Aktiviti dimulakan dengan KDB Talk Teknologi dan Anda serta Maklumat Palsu. Pelajar sekolah diajar melayari YouTube dengan mencari video, maklumat serta ilmu yang bermanfaat dan bukanlah video yang tidak berfaedah. Mereka juga sesekali boleh menonton video yang menghiburkan selagi menepati syarat tapisan 18XS/18SG.
Tarikh : 5 September 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar TADIKA |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar TADIKA tentang mewarna menggunakan komputer dengan menggunakan aplikasi PAINT. Pelajar TADIKA didedah dan diajar dari sekarang kerana aktiviti mewarna secara digital sekarang makin meluas dan banyak pertandingan yang diadakan menggunakan kaedah digital berbanding dengan kaedah manual (mewarna menggunakan pensel warna).
Aktiviti:
Para pelajar diberi pendedahan tentang KDB dahulu oleh petugas. Pelajar kemudian memulakan dengan belajar menghidupkan komputer. Petugas membuka aplikasi PAINT dan membuka gambar yang sesuai untuk diwarna oleh pelajar TADIKA. Petugas kemudian mengajar para pelajar mewarna langkah demi langkah sehingga selesai.
Tarikh : 6 September 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Pelajar TADIKA |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan mendedahkan pelajar TADIKA tentang mewarna menggunakan komputer dengan menggunakan aplikasi PAINT. Pelajar TADIKA didedah dan diajar dari sekarang kerana aktiviti mewarna secara digital sekarang makin meluas dan banyak pertandingan yang diadakan menggunakan kaedah digital berbanding dengan kaedah manual (mewarna menggunakan pensel warna).
Aktiviti:
Para pelajar diberi pendedahan tentang KDB dahulu oleh petugas. Pelajar kemudian memulakan dengan belajar menghidupkan komputer. Petugas membuka aplikasi PAINT dan membuka gambar yang sesuai untuk diwarna oleh pelajar TADIKA. Petugas kemudian mengajar para pelajar mewarna langkah demi langkah sehingga selesai.
Tarikh : 12 Ogos 2019 Masa : 09.00 - 12.30 Lokasi : Pusat Internet Sadong Jaya Peserta : Belia |
Tujuan:
Kelas ini bertujuan memberi tunjuk ajar kepada belia yang ingin membuat permohonan bantuan secara atas talian. Mereka membuat permohonan bantuan kewangan daripada Baitulmal Sarawak untuk membantu membiayai pengajian mereka di Universiti.
Aktiviti:
Mereka di ajar cara membuka laman web baitulmal. Kemudian mereka mengisi maklumat yang diperlukan dan seterusnya memuatnaik dokumen yang telah diimbas. Mereka membuat sebdiri dengan pemantauan daripada petugas.